31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: Lakonan Satu Babak Pun Boleh Jana Royalti Jutaan, Beto Kusyairy Mahu Malaysia Ikut Jejak Negara Luar

    Shopee Sale

    Industri lakonan tempatan terus berkembang dengan pelbagai karya baharu dihasilkan saban tahun, namun di sebalik perkembangan itu masih ada beberapa perkara yang menurut penggiat seni wajar diberi perhatian demi menjaga kebajikan mereka.

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Do Work Not For Awards’ – Beto Kusyairy Pegang Pesanan Arwah Yasmin Ahmad, Anggap Karya Sentuh Hati Penonton Kejayaan Terbesar

    Artikel Berkaitan: Beto Kusyairy Titip Pesanan Untuk Tidak Kejar Populariti – ‘Jangan Berkarya Kerana Anugerah’

    Industri Lakonan Perlu Ada Royalti

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen POV XTRA minggu ini, pelakon, Beto Kusyairy berkongsi pandangannya ketika ditanya mengenai satu perkara yang mahu diubah dalam industri lakonan sekiranya diberikan peluang.

    Bagi Beto, antara perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah waktu bekerja, kadar bayaran pelakon serta sistem royalti.

    Waktu bekerja, rate (kadar bayaran pelakon), dan royalti. Dalam industri filem atau televisyen ini kita bukan macam industri muzik, penulis dan komposer akan dapat royalti.

    Kalau di negara luar, industri perfileman, drama dan sebagainya mereka akan dapat royalti.

    Menurut Beto, sistem royalti membolehkan seseorang pelakon terus menerima bayaran apabila karya yang dibintangi mereka ditayangkan semula atau diedarkan ke pasaran lebih luas.

    MENARIK:  [VIDEO] Irfan Haris Nyanyi Lagu Wanita Terakhir, Komen Fattah Amin Pula Curi Tumpuan – ‘Nak Versi Duet Dengan Kak Ya Boleh?’

    Malah, dia pernah membaca mengenai seorang pelakon dalam sebuah siri dari Perancis yang dikatakan terus menerima royalti meskipun hanya muncul dalam satu babak dengan satu baris dialog.

    Saya pernah terbaca siri Perancis, ada satu watak ini katanya dia pernah muncul satu babak dengan hanya satu line dialog saja.

    Sampai sekarang dia masih dapat royalti yang mungkin dah cecah ratusan ribu atau jutaan sebab ditayangkan secara global.

    Jadi pendapat saya perkara itu harus ada untuk industri Malaysia juga.

    Pandangan Beto itu sekali gus membuka persoalan mengenai sistem bayaran dalam industri lakonan tempatan, khususnya apabila sesebuah karya terus mempunyai nilai selepas tayangan asal menerusi tayangan ulangan, platform penstriman atau edaran ke pasaran antarabangsa.

    Bagi pelakon berpengalaman itu, mekanisme seperti royalti boleh menjadi antara perkara yang dipertimbangkan dalam usaha mewujudkan ekosistem industri seni yang lebih baik untuk penggiatnya.

    The post POV XTRA: Lakonan Satu Babak Pun Boleh Jana Royalti Jutaan, Beto Kusyairy Mahu Malaysia Ikut Jejak Negara Luar first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah