25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Indonesia larang atlet Israel sertai Kejohanan Gimnastik Dunia

    Shopee Sale

    Indonesia tidak akan mengeluarkan visa kepada atlet Israel yang ingin menyertai Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia 2025 yang dijadual berlangsung di Jakarta dari 19 hingga 25 Okt ini.

    Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Yusril Ihza Mahendra berkata keputusan itu selaras dengan pendirian teguh Presiden Prabowo Subianto terhadap isu Israel dan Palestin.

    “Dalam ucapannya baru-baru ini di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Presiden menyatakan kecaman tegas terhadap tindakan kekejaman dan kezaliman Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin, khususnya di Gaza,” katanya dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata Indonesia kekal teguh dengan pendiriannya untuk tidak menjalinkan sebarang hubungan dengan Israel sehingga negara itu mengiktiraf kewujudan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

    Gabenor Jakarta Pramono Anung sebelum ini turut menyatakan bahawa beliau tidak akan membenarkan atlet Israel bertanding dalam kejohanan itu yang akan diadakan di Kompleks Sukan Gelora Bung Karno, Jakarta Pusat.

    MENARIK:  Video lelaki 'pukul' isteri di tepi jalan tular, netizen gesa tindakan

    Beliau turut menggesa penganjur supaya menilai dengan teliti sebelum menjemput peserta dari Israel, sambil memberi amaran bahawa kehadiran mereka boleh mencetuskan kemarahan rakyat Indonesia, negara dengan penduduk Islam terbesar di dunia.

    Beberapa pertubuhan Islam utama termasuk Muhammadiyah dan Majlis Ulama Indonesia (MUI) turut menyuarakan bantahan, dengan menyatakan bahawa tindakan membenarkan penyertaan Israel akan bertentangan dengan prinsip keadilan dan kemerdekaan Indonesia.

    Acara itu menandakan kali pertama kejohanan berprestij tersebut diadakan di Indonesia dan rantau Asia Tenggara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah