27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hujan lebat berterusan di timur, selatan Semenanjung mulai Khamis

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan berterusan yang dijangka melanda bahagian timur dan selatan Semenanjung bermula Khamis ini (9 Jan) sehingga 13 Jan depan.

    Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip, dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keadaan tersebut berpunca daripada analisis model ramalan cuaca terkini, yang menunjukkan luruan monsun kuat dijangka memasuki kawasan negara dalam tempoh tersebut.

    “Kawasan barat Semenanjung juga berisiko mengalami hujan berterusan sepanjang tempoh tersebut. Berikutan daripada luruan monsun kuat ini juga, perairan Laut China Selatan dijangka mengalami angin kencang dan laut bergelora.

    “Keadaan ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan laut. Kenaikan paras air laut turut dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai,” katanya.

    MENARIK:  Kebebasan media merosot: Fahmi memalukan negara, kata Wan Saiful

    Beliau berkata MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan sebaik sahaja output model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan yang tinggi.

    “Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui medium sebaran rasmi iaitu http://www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia.

    “Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian hotline 1-300-22-1638,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah