31.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bersama bentang ‘belanjawan’ tiga hari sebelum Anwar

    Shopee Sale

    Parti Bersama Malaysia (Bersama) akan membentangkan belanjawan bayangan 2027 pada 6 Oktober, tiga hari sebelum Menteri Kewangan Anwar Ibrahim membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat.

    "Belanjawan bayangan ini akan membolehkan orang ramai menilai kemampuan pembiayaan cadangan-cadangan dasar Bersama yang terkandung dalam Kertas Kancil," kata Bersama dalam kenyataan hari ini.

    Kertas itu akan dibentangkan secara berkala menerusi tiga siri, iaitu pada 27 September, 24 Oktober dan 28 November.

    Kenyataan media itu dikeluarkan secara bersama oleh pengasas bersama Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad serta presidennya Syukri Razab.

    Sementara itu, Bersama mengumumkan kumpulan pertama enam ahli panel dasar parti bagi memantau dan memberi maklum balas terhadap pembangunan pendirian dasar parti berkenaan.

    MENARIK:  PKBM lulus usul abadikan nama Azizulhasni di velodrom

    Senarai ahli panel tersebut terdiri daripada:

    * Ibnor Azli Ibrahim (pakar astrofiqh dan muamalat, Unissa Brunei)

    * Feizal Fakurruddin (pakar perunding perubatan dalaman dan penjagaan warga tua)

    * Rais Hussin Mohamed Ariff (bekas pengerusi MDEC, bekas CEO Mranti dan pengasas Emir Research)

    * Khoo Kay Peng (bekas pengarah eksekutif Sedar)

    * Hamidon Abdul Rahman (bekas pensyarah kepimpinan pendidikan Institut Aminuddin Baki)

    * John Lee Von Leon (bekas pegawai Bank Negara Malaysia, pakar tata kelola kewangan dan ESG)

    Menurut Bersama, panel berkenaan berfungsi secara bebas. 

    Setiap siri kertas kancil akan melalui proses maklum balas panel dan rundingan pemegang taruh sebelum draf akhir dibuka kepada awam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah