26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nia Atasha Dikecam Pakai Baju Ketat & Mencolok Mata – ‘Jadi Hos Tak Sesuai Pakai Pakaian Seperti Itu ..’

    Shopee Sale

    Penampilan pelakon dan model, Nia Atasha ketika mengacarakan sebuah program televisyen mencuri perhatian ramai apabila persalinan yang digayakannya dilihat menampakkan bentuk buah dada.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berpakaian Seksi Hingga Nampak L*rah, Sophia Albarakbah Nafi Sengaja Cetuskan Kontroversi – ‘Saya Hanya Pakai Baju Yang Ditaja’

    Artikel Berkaitan: Nia Atasha Nafi Tinggal Serumah Dengan Sky Iskandar – ‘Kami Cuma Buat Content TikTok Sama-Sama’

    Dikecam

    View on Threads

    Menerusi sebuah perkongsian di Threads, seorang individu meluahkan rasa kurang senang terhadap pakaian yang dikenakan Nia lebih-lebih lagi program berkenaan turut boleh ditonton oleh golongan kanak-kanak.

    Dalam hantaran tersebut, individu itu turut mengepilkan beberapa keping gambar yang memaparkan Nia mengenakan busana bercorak cheetah yang mengikut bentuk tubuhnya.

    Tak tapis ke pakaian hos? Bayangkan lelaki orang atau budak-budak yang baru nak membesar tengok hos berpakaian seperti ini…

    Perkongsian tersebut kemudiannya mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen dengan segelintir daripada mereka mengakui kurang senang melihat pakaian yang dikenakan Nia.

    MENARIK:  [VIDEO] Che Ta Tunai Impian Anak Saudara Nak Jumpa Mierul Aiman Sempena ‘Birthday’

    Segelintir netizen menyifatkan Nia sebagai seorang hos seharusnya mengenakan pakaian yang lebih bersesuaian dan sopan berbanding memilih busana yang dianggap mencolok mata.

    Komen netizen

    Sumber: Threads

    The post Nia Atasha Dikecam Pakai Baju Ketat & Mencolok Mata – ‘Jadi Hos Tak Sesuai Pakai Pakaian Seperti Itu ..’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah