25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Harakah dapat balik kad media jika kerajaan bertukar’

    Shopee Sale

    PAS beranggapan media rasminya Harakah tidak akan diberikan kad perakuan media Jabatan Penerangan (Japen) kecuali berlaku pertukaran kerajaan.

    Ketua penerangannya Ahmad Fadhli Shaari berkata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebelum ini memberi jaminan untuk mempertimbangkan perkara itu tetapi hingga kini tiada sebarang perkembangan.

    "Tahun lepas sudah ditarik balik kad media dan menteri komunikasi memberi jaminan secara bertulis kepada saya akan mempertimbangkan untuk diberikan semula, tetapi sampai ke hari ini tidak berlaku.

    "Kita menganggap tidak ada peluang untuk mendapatkan kad media itu semula kecuali kerajaan bertukar satu hari nanti," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Media dan Pempengaruh bersama PAS di Bangi, malam tadi.

    Hadir sama Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Ketua Dewan Ulama PAS Ahmad Yahaya.

    Ahmad Fadhli berkata demikian ketika mengulas mengenai sesetengah syarikat media yang dikatakan berdepan pelbagai cabaran tertentu.

    Namun dia tidak menyebut secara terperinci mengenai perkara berkenaan dan mendakwa seolah-olah kerajaan Madani mengekang kebebasan media.

    MENARIK:  Rakyat tak lupa Langkah Sheraton, kata Najwan pada Syahir

    Terdahulu Japen menarik balik kad perakuan media daripada Harakah, dan Fahmi dalam sidang Dewan Rakyat pada November tahun lalu memberi jaminan akan berbincang dengan Japen berhubung tindakan membatalkan kad perakuan media wartawan lidah rasmi PAS itu.

    Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai permohonan rayuan pihak Harakah untuk mendapatkan semula kad tersebut.

    Tindakan menarik balik kad perakuan berkenaan dipercayai susulan penyiaran artikel memaparkan foto Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dengan bendera Israel.

    Sementara itu Ahmad Fadhli mendakwa, tindakan sedemikian menunjukkan kerajaan seolah-olah mahu mengekang kebebasan media dan bersuara rakyat.

    "Sedikit demi sedikit kerajaan pada hari ini ke arah budaya draconian, yang mana itu menandakan mereka takut dengan kebebasan media.

    "Kita akan bentuk satu pasukan dan selaraskan naratif dalam masa tiga tahun, saya yakin rakyat tidak akan ada pilihan lain kecuali menolak PH dan BN," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah