Seorang peguam syarie yang dikenali sebagai Elfiq menjelaskan bahawa anak tidak sah taraf tidak semestinya akan selamanya berbin atau berbinti kepada Abdullah.
Artikel Berkaitan: PU Syed Respon Isu Myra Natasha Dedah Diri Anak Tak Sah Taraf – ‘Perbuatan Itu Tidak Sepatutnya Berlaku, Islam Menegah Buka Aib’
Anak tidak sah taraf

Menerusi perkongsian di TikTok, peguam itu memaklumkan terdapat saluran dan prosedur sah melalui mahkamah yang boleh dipohon bagi membolehkan anak tersebut dinasabkan kepada bapa kandungnya.
Menurutnya, langkah itu penting demi menjaga kebajikan serta maruah anak-anak yang tidak bersalah, selain memberi ruang kepada mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Anak tidak sah taraf tidak selamanya akan berbinkan kepada Abdullah. Masih ada jalan yang sah untuk menasabkan atau membinkan kepada ayah kandungnya.
Tiada lagi yang akan berbinkan kepada Abdullah setelah mahkamah mengeluarkan perintah. Segala keaiban anak itu akan ditutup demi masa depannya. Saya sedia untuk membantu prosedur dan proses jika anda mahu bertanya.
Perkongsian tersebut turut membuka mata ramai apabila rata-rata wargamaya di ruangan komen mengakui baru mengetahui tentang perkara itu.
Malah, terdapat juga segelintir individu yang tampil berkongsi pengalaman peribadi, termasuk mendedahkan mereka sendiri merupakan anak tidak sah taraf.
Sumber: TikTok
The post ‘Anak Tidak Sah Taraf Bukan Selamanya’ – Peguam Dedah Ada Cara Nasabkan Kepada Bapa Kandung first appeared on OHBULAN!.





