25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hak 40% hasil Sabah: Langkah seterusnya lepas terima nasihat AG, kata PM

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Kerjaan akan memutuskan sama ada akan merayu atau tidak keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai hak 40 peratus hasil persekutuan Sabah selepas mendapat nasihat peguam negara, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Semasa sesi taklimat khas di Dewan Rakyat, perdana menteri berkata sebarang keputusan adalah untuk kepentingan terbaik Sabah dan negara.

    "Kerajaan Madani menghormati proses perundangan dan akan meneliti alasan penghakiman mahkamah setelah diterima kelak, (tapi setkat ini) belum diterima lagi, sebelum tindakan lanjut dilaksanakan atas nasihat peguam negara, demi kepentingan Sabah dan negara," kata Anwar di Dewan Rakyat.

    MENARIK:  Hatta gagal dapat kebenaran merayu isu tuntutan Pulau Batu Puteh

    Sesi taklimat khas itu diadakan hari ini berikutan keputusan mahkamah pada Jumaat yang mendapati kerajaan persekutuan telah bertindak menyalahi undang-undang dan di luar kuasanya di bawah Perlembagaan Persekutuan dengan gagal untuk menghormati 40 peratus bahagian hasil persekutuan Sabah selama hampir lima dekad.

    *Laporan oleh Hariz Mohd, Qistina Nadia Dzulkarnain, Dania Kamal Aryf dan Shakira Buang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah