28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akmal hadir muktamar Pemuda PAS, Zahid menyusul esok?

    Shopee Sale

    Ketua Pemuda Umno Muhamad Akmal Saleh hari ini hadir ke muktamar Pemuda PAS di Kelantan, dalam rangka mengukuhkan kerjasama kedua-dua parti.

    Sementara presidennya Ahmad Zahid Hamidi pula dilapor akan mengikuti jejak langkahnya esok dalam muktamar pusat PAS.

    Zahid sebelum ini mengumumkan akan menghantar wakil parti itu tetapi tidak menyebut siapa. 

    Bagaimanapun, laporan terkini menyebut dia sendiri akan turun padang esok.

    "Insya-Allah presiden Umno hadir Muktamar PAS esok," menurut sumber Umno, seperti dilaporkan BH.

    MENARIK:  EAIC akan umum agensi penguatkuasaan gagal ambil tindakan syor siasatan

    Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dijangka turut mengiringi Zahid.

    Muktamar Tahunan PAS ke-72 berlangsung di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa.

    PAS mengundang pemimpin Umno sebagai rakan kerjasama strategik terbaru mereka selepas memutuskan hubungan dengan Bersatu dan mengambil alih teraju Perikatan Nasional (PN).

    PAS dan Umno kembali memulakan kerjasama melalui pilihan raya Johor dan Negeri Sembilan, yang menyaksikan hasil memberangsangkan buat mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah