28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Azalina gesa MP sokong RUU had tempoh jawatan PM dan pemisahan kuasa AG

    Shopee Sale

    Rang Undang-Undang (RUU) bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri siap untuk dibentangkan bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said.

    Beliau bagaimanapun berkata keputusan sama ada RUU itu akan dibawa pada sesi Parlimen akan datang, tertakluk kepada Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    “Semua dah siap…hadkan tempoh masa (Perdana Menteri) dah siap. Tertakluk kepada Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri, sama ada kita nak bawa untuk diundikan dalam sesi ini (depan),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Tinjauan Pendapat Awam Mengenai Penggubalan RUU Koroner, di Kuala Lumpur hari ini.

    Azalina berkata pindaan berkaitan had tempoh jawatan Perdana Menteri itu, membabitkan pindaan Perlembagaan Persekutuan, justeru ia memerlukan sokongan majoriti dua pertiga anggota parlimen.

    Beliau berkata perkara sama turut terpakai bagi RUU pengasingan perananan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP), yang juga memerlukan sokongan dua pertiga.

    “Sebab kedua-dua RUU ini pindaan (kepada) Perlembagaan, jadi kita perlu dua per tiga (majoriti)… sama juga dengan pemisahan (perananan) AG dengan PP memerlukan dua pertiga. Jadi, politik tempatan itu memang memainkan perananan,” katanya.

    MENARIK:  Pengundi India, Orang Asli penentu kemenangan di KKB - Bersatu

    Sehubungan dengan itu, Azalina merayu semua anggota parlimen tanpa mengira parti politik supaya menyokong usaha berkenaan, kerana ia mampu mengurangkan persepsi terhadap pendakwaan bermotifkan politik.

    “Jadi saya harap sangatlah Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan mana-mana parti politik mesti mengalu-alukan RUU ini, sebab ia membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan. Ia adalah untuk negara kita,” katanya.

    Pada masa sama, Azalina berkata RUU pengasingan perananan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, dijangka meningkatkan keyakinan terhadap sistem pendakwaan negara.

    “… saya tak nak lagi dengar orang cakap bila kena dakwa, ada mengatakan ada udang sebalik batu dan sebagainya.

    “Jadi insya-Allah, pemisahan perananan ini akan memberi lebih banyak keyakinan, terutama sekali bila Pendakwa Raya itu dilantik dalam proses Parlimen,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah