32.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Syida Melvin Nafi, Kesal Terkait Isu ‘Influencer’ Didakwa Minta Peniaga Belanja 18 Orang Makan

    Shopee Sale

    Pelakon dan usahawan, Syida Melvin tampil memberikan penjelasan selepas namanya dikaitkan dengan sebuah video seorang peniaga makanan sehingga mencetuskan salah faham dalam kalangan warganet.

    Artikel Berkaitan: ‘Carilah Duit Sendiri, Suatu Hari Kamu Mungkin Perlu Kekuatan..’ – Syida Melvin ‘Repost’ Pesanan Untuk Anak Perempuan

    MENARIK:  ‘Tidak Sangka Perasaan Suka Akan Bertukar Kepada Benci, Saya Rasa Diburu & Diancam’ – Mawi

    Artikel Berkaitan: ‘Allah Pegang Hati Kita Semua, Dia Boleh Bolak-Balikkan Bila-Bila Masa Saja’ – Syida Melvin

    Syida kesal

    " data-video-id="7670066248713112853" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @syida.melvin

    Replying to @່່່ Saya tampil utk clearkan balik nama saya & family. Goodluck guys 🫰🏼 @Roti Bakar Hutton Lane #fitnah

    ♬ original sound – syidamelvin – syidamelvin

    Menerusi perkongsian di TikTok, Syida berkata, dia terpanggil untuk bersuara selepas mendapati namanya tiba-tiba muncul di bahagian carian (search bar) di ruangan komen video berkenaan.

    Menurut Syida, dia sendiri tidak mengetahui mengapa namanya terpapar pada bahagian tersebut.

    Saya terpanggil untuk buat video ini sebab saya ada terbaca nama saya naik dekat search bar video peniaga itu.

    Saya pun tak tahu kenapa, nama saya naik dekat situ.

    Dalam masa sama, Syida turut meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir individu meninggalkan komen berbaur fitnah terhadap dirinya sedangkan dia bukanlah pempengaruh yang dimaksudkan oleh peniaga tersebut.

    Pemilik nama Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, itu turut menegaskan bahawa dia dan keluarga sama sekali tidak pernah pergi ke kedai peniaga berkenaan.

    Ada juga segelintir orang yang komen fitnah nama saya dan juga keluarga dekat dalam video itu.

    Itu adalah satu fitnah, kami tak pernah sampai pun ke kedai itu malah kami tak pernah tahu pun kedai tu dekat mana. Kami pun bukan dari Batu Ferringhi.

    Justeru, Syida mengingatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya mempercayai maklumat yang tidak tepat atau membuat tuduhan tanpa usul periksa.

    Jangan senang-senang fitnah orang, zaman sekarang pun zaman fitnah.

    Sudahlah ramai yang percaya dekat search bar tu dan ingat ia betul.

    Luahan peniaga

    " data-video-id="7651450314163293458" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @rotibakarhuttonlane

    ampa rasa mcmna #fyp #foodies #foryou #penang

    ♬ Sad Lonely Piano – LEXMusic

    Sebelum ini, seorang peniaga makanan tampil mendedahkan dengan mendakwa terdapat seorang pempengaruh telah menghubunginya untuk melakukan ulasan mengenai makanan yang disediakan di kedai miliknya.

    Pada awalnya, pempengaruh tersebut menyatakan sejumlah bayaran akan dikenakan, namun peniaga itu menolak dan hanya berhasrat untuk memberikan makanan secara percuma.

    Ada influencer hubungi saya nak review kedai saya. Dia kata berbayar RM1,800 tapi saya kata saya yang buat branding sendiri, nak review tak ada masalah tapi tak berbayar.

    Saya pun ingat nak belanja sebab alang-alang dia nak datang.

    Namun, peniaga tersebut terkejut apabila mengetahui pempengaruh berkenaan mahu membawa 18 orang ahli keluarganya untuk makan bersama.

    Bukan itu sahaja, dia juga meminta agar peniaga tersebut menanggung wang perjalananannya dari kedua-dua hala iaitu pergi dan balik dari kedai.

    Saya tergamam bila dia kata mereka nak datang 18 orang, katanya ada hari keluarga.

    Dia kata, ‘kalau tak dapat nak bayar review saya, belanja 18 orang keluarga saya dan beri duit transportation.’

    Duit transportation tu dari Batu Ferringhi ke kedai saya dan dari kedai saya ke Batu Feringghi.

    Dia juga kata, kalau tak berbayar selalunya dia akan post di story sahaja.

    Bagaimanapun, di ruangan komen, peniaga tersebut menegaskan kepada warganet bahawa Syida bukanlah pempegaruh tersebut.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Syida Melvin Nafi, Kesal Terkait Isu ‘Influencer’ Didakwa Minta Peniaga Belanja 18 Orang Makan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah