32.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Di Sebalik Senyuman Seorang Wanita, Ada Emosi Yang Tak Semua Orang Faham! Anne Ngasri Seru Kaum Hawa Berani Mencari Kekuatan Diri

    Shopee Sale

    Bertahun-tahun membesar di hadapan kamera, Datin Anne Ngasri sudah melalui pelbagai fasa kehidupan.

    Daripada seorang pelakon kanak-kanak yang dewasa di kaca televisyen, bergelar isteri dan ibu, sehinggalah kini aktif sebagai usahawan dan figura masyarakat.

    Namun, di sebalik senyuman dan ketenangan yang sering dipamerkan, Anne percaya bahawa menjadi wanita bukanlah satu perjalanan yang mudah.

    ARTIKEL BERKAITAN: ‘Syukur Allah Berikan Seorang Adik Yang Tempatnya Insya-Allah Di Syurga’ – Anne Ngasri

    ARTIKEL BERKAITAN: Identiti Disalah Guna Untuk Scam, Anne Ngasri Dapatkan Nasihat Peguam

    Bukan mudah bergelar seorang wanita

    Bagi Anne, wanita hari ini memikul tanggungjawab yang jauh lebih besar berbanding apa yang dilihat oleh masyarakat.

    Dalam diam, ramai yang sedang berjuang dengan emosi, tekanan hidup, tuntutan keluarga, kerjaya dan pelbagai cabaran yang tidak pernah habis.

    “Memang menjadi wanita ini mempunyai tanggungjawab yang sangat besar. Saya selalu anggap wanita ini sebagai ibu atau penggerak dalam sebuah keluarga.

    “Kita yang perlu merasionalkan banyak keadaan, sedangkan dalam masa yang sama, emosi kita sendiri kadang-kadang tidak stabil. Wanita zaman kini harus berani mencari kekuatan diri.”

    Menurut Anne, perubahan zaman menjadikan cabaran yang dihadapi wanita semakin kompleks. Jika dahulu wanita hanya bergelut dengan tanggungjawab di rumah, kini mereka turut berdepan tekanan media sosial, ketidaktentuan ekonomi dan pelbagai tuntutan kehidupan moden.

    “Daripada sudut emosi, cabarannya sangat pelbagai. Ditambah pula dengan keadaan media sosial dan ekonomi hari ini.

    “Bukan sahaja kita memerlukan sokongan daripada suami atau lelaki, tetapi wanita juga perlu bangkit dan mempunyai ekonomi sendiri.”

    Bagi pelakon Dunia Baru itu, ramai wanita hari ini terlalu sibuk menjadi kuat sehingga terlupa bahawa mereka juga manusia biasa yang memerlukan ruang untuk berehat dan memulihkan diri.

    Cabaran dari sudut emosi

    Pandangan itu turut dikongsi usahawan, Datin Hamizan Puteh atau lebih dikenali sebagai Datin Izan yang mengakui wanita sememangnya lebih mudah terkesan dengan emosi, lebih-lebih lagi apabila terpaksa mengimbangi pelbagai peranan dalam kehidupan.

    “Kita pun wanita dan kita pun ada cabaran sendiri, terutama dari sudut emosi. Kadang-kadang kita berada dalam satu fasa yang sangat tertekan sehingga merasakan diri tidak mampu mengendalikan kehidupan, keluarga dan perniagaan.

    “Sebab itu saya rasa terapi dalaman sangat penting untuk wanita pada zaman sekarang.”

    Menurut usahawan dan pemilik ByQiss by Bawal Exclusive ini, wanita yang aktif dalam dunia perniagaan dan organisasi sering berhadapan tekanan yang tidak diketahui orang luar. Di sebalik kejayaan dan penampilan yang sentiasa sempurna, ada emosi yang perlu dijaga dan luka yang perlu dirawat.

    MENARIK:  [VIDEO] Imran Bard Minta Izin Ibu Bapa Sebelum ‘Bleach’ Rambut – ‘Kalau Tak, Masa Aku Buat Dah Bernanah Kepala’

    “Kita tak tahu apa lagi ujian yang akan datang. Sebab itu, kekuatan dalaman sangat penting untuk terus menghadapi kehidupan yang penuh dengan dugaan ini.”

    Bidadari Dambaan Syurga jadi terapi wanita

    Atas kesedaran itulah, Anne dan Izan bakal berkongsi pengalaman mereka dalam program Bidadari Dambaan Syurga 2026 yang akan berlangsung di Laman Sejahtera, Sungai Koyan, Pahang, pada 8 Ogos ini.

    Namun, program yang berlangsung sepanjang hari itu bukan sekadar menghimpunkan ikon usahawan dan wanita inspirasi. Lebih daripada itu, ia turut diisi dengan pengisian rohani menerusi perkongsian daripada penceramah utama, Ustazah Yong Lynna James Baven Al-Almaniy dan Ustazah Farhatul Fairuzah yang akan menyentuh pelbagai aspek kehidupan, termasuk soal keimanan, ketenangan jiwa dan kekuatan dalaman seorang wanita.

    View this post on Instagram

    A post shared by Anne Ngasri (@annengasri_official)

    Di sebalik kesibukan mengejar kerjaya, mengurus keluarga dan memenuhi tuntutan kehidupan moden, Anne percaya setiap wanita memerlukan ruang untuk berhenti seketika, mendekatkan diri kepada Tuhan dan memulihkan emosi yang sering teruji.

    “Pada zaman sekarang, wanita melalui pelbagai emosi dan permasalahan. Jadi, saya rasa program seperti ini adalah satu terapi hati. Mungkin ada terapi daripada sudut luaran, tetapi emosi dalam diri seseorang itu jauh lebih penting.”

    Bagi Anne dan Izan, kekuatan seorang wanita bukan hanya diukur melalui kejayaan yang dicapai atau kemampuan memikul pelbagai tanggungjawab, tetapi juga pada keberanian untuk menjaga hati dan jiwa sendiri.

    Kerana kadangkala, dalam dunia yang sentiasa menuntut wanita untuk terus kuat, apa yang paling diperlukan sebenarnya hanyalah sedikit ruang untuk berehat, mendengar dan mengingati bahawa mereka juga manusia biasa yang berhak untuk lelah.

    The post Di Sebalik Senyuman Seorang Wanita, Ada Emosi Yang Tak Semua Orang Faham! Anne Ngasri Seru Kaum Hawa Berani Mencari Kekuatan Diri first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah