32.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Demo Lagu & Perancangan Konsert Dengan Iklim Dah Ada, Tiba-Tiba Saya Dikeluarkan Dari Group’ – Syafiq Farhain

    Shopee Sale

    Penyanyi Syafiq Farhain mendedahkan dia pernah dilamar menyertai kumpulan Iklim, namun kerjasama mereka tidak kesampaian selepas projek tersebut dibatalkan secara tiba-tiba.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syafiq Farhain Syukur Kembali Bertemu Adik Kandung, Hubungan Kembali Akrab – ‘Rasa Sedikit Kekok Sebab Lama Tak Jumpa’

    Artikel Berkaitan: Syafiq Farhain Kembali Selepas Dua Tahun, Pertaruh Single ‘Cerita Luka’

    Syafiq Farhain terkilan kerjasama gagal

    Ketika ditemui , Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M. Salim, 32, berkata, perbincangan itu berlaku sekitar dua tahun lalu selepas kekosongan posisi vokalis dalam kumpulan tersebut.

    Kita ada perancangan dengan kumpulan Iklim. Waktu itu (dua tahun lepas) mereka nak lamar saya untuk jadi vokalis selepas Azmani keluar. Saya pula offer kepada mereka untuk buat projek, hasilkan dua lagu yang betul-betul bunyi Iklim.

    Waktu itu kami mesyuarat, dah rakam demo, perbincangan untuk konsert semua dah dibincangkan. Tapi sayangnya benda tu tidak berlaku. Separuh jalan sahaja, akhirnya semua perancangan terkubur macam tu.

    Menurut pelantun lagu Sepi itu, kegagalan itu bukanlah berpunca daripada isu keluarga, sebaliknya mungkin disebabkan perbezaan pandangan.

    Bukan isu keluarga. Mungkin isu senior dengan junior. Saya sendiri pun tak tahu macam mana nak jawab.

    Tahu-tahu saya kena keluarkan daripada group. Masa tu memang ada group untuk jayakan lagu dan juga projek yang melibatkan Iklim. Bila saya tanya kenapa, jawapan yang saya dapat cuma ‘mungkin kita tidak sehaluan’.

    Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Cerita Luka yang berlangsung di Tenera Hotel, Bangi pada Selasa.

    MENARIK:  Putera Mateen Bakal Jadi Ayah, Isteri Hamil Anak Pertama

    Syafiq Farhain terbuka jika diajak bekerjasama

    Anak kepada vokalis, Allahyarham Saleem itu percaya setiap pihak mempunyai cara kerja masing-masing namun mereka sepatutnya saling bertolak ansur.

    Mungkin mereka mahu saya sertai Iklim sepenuhnya, sedangkan dari awal saya beritahu saya boleh buat projek bersama, bukan menjadi ahli tetap.

    Saya dah lama dalam industri bawa nama sendiri. Saya pun ada komitmen sendiri juga. Saya tak boleh ikut rentak mereka sahaja, saya ada rentak saya sendiri.

    Sepatutnya kita kena bertoleransi. Mungkin mereka tak nampak benda tu, akhirnya mereka keluarkan saya daripada group.

    Mengulas lanjut, Syafiq menegaskan dia tidak menyimpan sebarang dendam terhadap mana-mana pihak dan masih terbuka untuk bekerjasama sekiranya diberi peluang.

    Saya tak ada masalah dengan mereka. Kalau datang, kita bincang baik-baik apa yang kita nak jayakan dan tengok hala tuju.

    Tapi sebelum ini banyak kali datang dengan macam-macam perancangan, akhirnya tak jalan. Jadi sebab itu saya tak terlalu berharap.

    Kalau ada lagi undangan daripada pihak mereka, saya okay sahaja untuk bekerjasama. Cuma pastikan benda itu berjalan dengan baik.

    The post ‘Demo Lagu & Perancangan Konsert Dengan Iklim Dah Ada, Tiba-Tiba Saya Dikeluarkan Dari Group’ – Syafiq Farhain first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah