31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fahmi Zainol digugurkan sebagai Exco Pulau Pinang – Chow

    Shopee Sale

    Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang Fahmi Zainol digugurkan daripada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri berkuat kuasa hari ini.

    Ketua Menteri Chow Kon Yeow yang mengumumkan perkara itu berkata pihaknya menerima surat rasmi daripada Setiausaha Agung PKR Datuk Dr Fuziah Salleh semalam yang memohon penggantian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak itu sebagai exco kerajaan negeri.

    “Saya telah bertemu Fahmi pagi tadi dan Yang Berhormat (Fahmi) menerima keputusan itu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Komtar hari ini.

    Chow berkata beliau akan mengemukakan cadangan pengganti Fahmi kepada Yang Dipertua Negeri Tun Ramli Ngah Talib petang ini untuk mendapatkan perkenan, sebelum pejabatnya mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mengumumkan pengganti berkenaan.

    MENARIK:  Penjual pisang goreng bakal didakwa menculik budak

    Beliau berkata cadangan pengganti Fahmi adalah daripada parti yang sama, memandangkan Fahmi mewakili PKR dalam kerajaan negeri.

    Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada Ahad lepas memutuskan untuk menggantung semua jawatan parti yang disandang Fahmi, yang juga Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang berkuat kuasa serta-merta susulan pendakwaan mahkamah yang sedang dihadapinya.

    Pada 27 Feb lepas, Fahmi, 35, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau atas pertuduhan dengan sengaja mencederakan isterinya.

    Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 28 April ini untuk sebutan semula kes.

    Fahmi yang juga antara ahli MMK termuda dalam pentadbiran Pulau Pinang mengangkat sumpah jawatan itu pada Ogos 2023.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah