25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Banduan larikan diri ditangkap semula di Kluang

    Shopee Sale

    Polis berjaya menahan seorang banduan yang melarikan diri daripada tahanan dalam tempoh kurang satu jam selepas dia dilaporkan hilang petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 4.25 petang daripada seorang pegawai Penjara Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Jalan Mersing, Kluang

    “Sebaik menerima maklumat, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang bersama Jabatan Penjara Daerah Kluang segera melancarkan operasi mengesan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata pada 5.30 petang, pasukan Jabatan Penjara berjaya menahan semula banduan lelaki tempatan berusia 26 tahun itu di kawasan berhampiran reban ayam di Kampung Sri Timur, dekat Kluang.

    MENARIK:  Exco ingatkan pekerja ladang di KKB tak tertipu janji pihak ketiga

    Kes disiasat mengikut Seksyen 233 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya, serta Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

    Terdahulu, tular di media sosial melalui laman Facebook ‘This is Johor’ gambar seorang individu dipercayai banduan berkenaan yang didakwa melarikan diri dari penjara dan ‘dikawal’ tiga individu di sebuah kawasan dipercayai ladang kelapa sawit di sekitar Kluang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah