33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fahmi ucap takziah pada keluarga pelakon sitkom Santan Berlada, Khairul Azhar

    Shopee Sale

    Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Khairul Azhar Abdul Samad atas pemergian pelakon sitkom popular, Santan Berlada malam tadi.

    Melalui hantaran X hari ini, Fahmi menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham yang pernah menceriakan rakyat Malaysia pada era 80-an menerusi sitkom popular itu yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

    “Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Santan Berlada merupakan antara sitkom kegemaran saya sewaktu masih di bangku sekolah rendah, sarat dengan lawak jenaka yang menghiburkan dan pastinya meninggalkan kenangan manis.

    “Terima kasih kerana pernah mewarnai hari kami. Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham,” katanya yang mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman..

    MENARIK:  Hamzah seru Orang Asli pecah undi di Nenggiri

    Allahyarham yang mencipta populariti menerusi sitkom Santan Berlada pada era 1980-an bersama gandingan Allahyarham Ali Mamak dan mendiang Acapan, meninggal dunia pada usia 70 tahun.

    Media sebelum ini melaporkan Allahyarham yang juga pesara pemain dram untuk kombo Majlis Perbandaran Klang (MPK) meninggal dunia di rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang pada 10.37 malam tadi.

    Difahamkan, Allahyarham ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kereta oleh pembantu peribadinya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah