Penyanyi, Haqiem Rusli meluahkan rasa sedih melihat industri seni semakin toksik apabila segelintir pihak menyuarakan kebencian terhadap selebriti sehingga sanggup memburukkan individu terbabit.
Artikel Berkaitan: Haqiem Rusli Dedah Isteri Banyak Bentuk Sikap & Pemikiran
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dah Dekat 12 Tahun Dalam Industri, Baru Beli Mikrofon Sendiri’ – Haqiem Rusli
Nasihat
View on Threads
Menurut Haqiem, 28, sebagai anak seni, mereka seharusnya saling menyokong antara satu sama lain kerana masing-masing berdepan dengan cabaran yang hampir sama dalam industri itu.
Kata Haqiem, zaman kini jauh berbeza berbanding dahulu terutama dengan penggunaan media sosial yang semakin meluas.
Perubahan itu membuatkannya berasa sedih kerana industri seni kini semakin dicemari dengan budaya menjatuhkan sesama sendiri.
Sepatutnya berada di dalam industri muzik tanah air yang sama saling menyokong antara satu sama lain.
Akan tetapi berbeza sekarang dan makin parah, sedih.
Bergembiralah dengan kejayaan orang lain. Jika anda tidak menyukainya, cukuplah berdiam diri dan teruskan hidup.
Menerusi tinjauan , selepas tamatnya Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-40, media sosial terutamanya Threads dipenuhi dengan komen-komen negatif mengenai para finalis.
Pun begitu, Haiqem berkata hantaran tersebut tidak ditujukan kepada mana-mana individu dan dibuat secara umum.
Saya backup rakan-rakan artis yang di buli siber kerana perkara itu tidak sihat. Saya menentang sekeras-kerasnya perbuatan buli siber.
Kenapa? Sebab saya sendiri pernah mengalaminya.
Sumber: Threads
The post Haqiem Rusli Kesal Industri Seni Makin Kurang Saling Menyokong – ‘Kalau Tak Suka Kejayaan Orang, Lebih Baik Diam’ first appeared on OHBULAN!.





