Seorang individu meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa suaminya masih tiada kesedaran untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim khususnya solat lima waktu.
Artikel Berkaitan: ‘Suami Tak Solat Antara Alasan Cerai Yang Famous’ – Peguam Syarie
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Da’i Izzhar Kongsi Cara Tegur Suami Tak Solat – ‘Sebab Itu Kerap Gaduh, Kasih Sayang Tiada Lagi’
Suami tak solat
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, wanita itu akui buntu apabila usaha mengajak suaminya mendekati agama masih belum membuahkan hasil.
Menurutnya, dia sudah mencuba pelbagai cara termasuk berkongsi tentang kehidupan akhirat serta mengingatkan suaminya agar kembali kepada Allah namun masih belum menampakkan sebarang perubahan.
Macam mana nak ubah suami yang susah sangat nak solat? Saya sedih sebagai isteri. Dia suami yang baik tapi agama and solat macam tiada iman langsung dalam hati.
Dah nasihat tapi tak didengar. Dah ajak, tapi ditolak. Tolong, saya sayangkan suami tapi saya tak mahu dia malas solat.
Dia macam tiada kesedaran. Saya dah cerita azab akhirat dan macam-macam juga jadi dalam hidup dia seperti rezeki sempit. Masih dia tak cari Allah langsung pun.
Dia tak solat walaupun dunia dia hampir hancur. Saya dah sedarkan dia macam-macam cara tapi sama je.
Dalam pada itu, individu berkenaan turut mengakui pernah melalui fasa kehidupan yang jauh daripada agama ketika mula mengenali suaminya termasuk mengabaikan kewajipan solat.
Bagaimanapun, wanita itu kini memaklumkan sedang berusaha memperbaiki diri dan berharap suaminya turut mendapat hidayah untuk berubah bersamanya.
Saya tetap kahwin dulu sebab masa bercinta saya pun tak solat.
Jadi, saya tak pernah terfikir langsung nak cari lelaki kuat agama sebab saya pun hanyut.
Tapi, Allah jentik hati saya dulu berbanding suami. Sekarang saya dah perlahan-lahan berubah cuma suami masih sama. Sangat sedih sebab saya nak masuk syurga sama sama dengan dia.
Sumber: Threads @ycvf4_
The post Isteri Buntu Pujuk Suami Solat – ‘Dah Cerita Azab Akhirat Masih Dia Tak Cari Allah’ first appeared on OHBULAN!.





