30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, July 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu calon PM: Fadhli soal DAP mengapa Guan Eng tiada dalam kabinet

    Shopee Sale

    Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari menjelaskan isu calon perdana menteri daripada Perikatan Nasional (PN) yang dibangkitkan oleh anggota Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bukan isu besar.

    Sebaliknya, menurutnya, kenyataan pemimpin Bersatu itu yang tidak menamakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai salah calon PN, hanyalah satu cadangan.

    “Isu calon perdana menteri bagi menggantikan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang disebut oleh YB Machang itu hanyalah satu cadangan.

    “Soal tidak disebut Presiden PAS itu pun bukan satu isu besar memandangkan beliau dari Bersatu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

    Ahmad Fadhli berkata apabila Wan Ahmad Fayhsal menamakan beberapa pemimpin PAS itupun sudah merupakan satu penghormatan.

    Abdul Hadi Awang dan Lim Lip Eng

    Dia mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang meluahkan rasa pelik dengan perkara itu, setelah Wan Ahmad Fayhsal menyenaraikan empat nama tanpa menyebut nama presiden PAS itu.

    “Adakah Wan Ahmad (Fayhsal) fikir Abdul Hadi tak layak, atau sebenarnya ada isu antara PAS dan Bersatu yang buat nama Hadi tak disenaraikan?” soalnya.

    Malaysiakini pagi ini melaporkan Wan Ahmad Fayhsal sebagai berkata PN tidak mempunyai masalah mencari perdana menteri menjelang pilihan raya umum akan datang.

    Hamzah, Muhyiddin, Samsuri dan Tuan Ibrahim

    Anggota parlimen Machang itu menamakan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, timbalannya Hamzah Zainudin, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden parti itu Ahmad Samsuri Mokhtar.

    MENARIK:  Perjuangkan hak tanah, penduduk Kampung Orang Asli hadapi musuh baru - perlombongan nadir bumi

    Wan Ahmad Fayhsal berkata pemimpin-pemimpin itu mempunyai hubungan yang baik dengan istana.

    Kenyataan itu diberikan sebagai reaksi sebagai kenyataan Murysidul Am PAS Hashim Jasin bahawa “PAS patut memimpin PN” ketika ditanya sama ada parti itu sedia mengetengahkan calon perdana menteri.

    Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli turut menyindir kepimpinan DAP dengan mempersoalkan ketiadaan pengerusi parti itu, Lim Guan Eng, dalam barisan kabinet kerajaan perpaduan.

    Lim dan Anwar

    “Terlanjur bicara hal ini, saya juga ingin bertanya, kenapa pemimpin hebat DAP iaitu YB Bagan yang juga pengerusi kebangsaan DAP tiada dalam kabinet PMX (perdana menteri kesepuluh)?

    “Beliau tidak layakkah? Atau pengerusi kebangsaan DAP itu jawatan yang kecil di sisi DAP?

    “Alang-alang tepi kain kita dijaga orang, apa salahnya kita pun bertanya hal tepi kain orang lain,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah