31.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 18, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Zynakal Kongsi Lagu Jadi ‘Penyelamat’ Individu Yang Putus Asa

    Shopee Sale

    Penyanyi Zynakal mendedahkan karya muziknya pernah menjadi sinar buat beberapa individu yang hampir berputus asa dalam meneruskan kehidupan.

    Artikel Berkaitan: ‘Hargai Orang Yang Betul-Betul Buat Muzik Dekat Malaysia’ – Zynakal Kecewa Ramai Sokong Lagu AI

    MENARIK:  Dakwaan Wanita Mempertikaikan Ketidakhamilan Anak Selebriti dan Menutup Akaun Selepas Permintaan Maaf - Ismail Izzani Tidak Terlibat

    Artikel Berkaitan: Zynakal Terlibat Kemalangan, Kecewa Tiada Yang Datang Bantu – ‘Ada Kekasih Tak Guna, Ada Kawan Tak Boleh Pakai’

    Lagu selamatkan individu

    " data-video-id="7674927537230712085" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @sembangseram

    This kind of song guys, mesti ramai boleh relate dengan kehidupan masing2. Tqvm Zyn! #zynakal #sembangseram #podcast #horrorstory #ceritaseram

    ♬ original sound – sembangseram – sembangseram

    Menerusi perkongsian dalam podcast Sembang Seram, Zynakal berkongsi kisah seorang wanita yang pernah berada dalam keadaan sangat tertekan sehingga terfikir untuk mengakhiri hidupnya.

    Menurut Zyn atau nama sebenarnya Muhammad Raziq Rosli, dia bertemu dengan wanita berkenaan dan dimaklumkan bahawa lagunya menjadi peneman ketika individu terbabit hilang harapan untuk meneruskan kehidupan.

    Lagu aku boleh membantu orang. Aku pernah terima mesej mengenai seorang perempuan yang cuba untuk bunuh diri.

    Perempuan itu dah dekat rooftop. Dia tangkap gambar kaki, nak lompat dengan ada lagu aku.

    Aku balas mesej itu dan minta berjumpa. Aku borak dengan dia dan kongsi masalah.

    Alhamdulillah sampai sekarang aku tengok dia dah okey. Aku tak cakap aku penyelamat cuma dia sendiri yang cakap lagu aku teman dia.

    Lagu aku membantu dia untuk teruskan hidup. Dia rasa apa yang aku rasa. Aku tak pernah terfikir dengan satu lagu boleh selamatkan nyawa orang.

    Selain itu, Zyn turut berkongsi kisah seorang lagi individu yang menemuinya selepas persembahan dan memaklumkan bahawa lagunya menjadi sumber kekuatan untuk terus menjalani kehidupan.

    Menurut pelantun lagu Sakit itu, dia tidak pernah menyangka karya yang dihasilkan mampu memberi impak begitu besar sehingga menjadi sumber kekuatan buat beberapa individu untuk terus bertahan.

    Ada lagi sorang lelaki yang dah putus asa dengan hidup dia. Bila dengar lagu ‘sakit’ dia dapat semangat hidup kembali.

    Masa dia jumpa dan cerita dengan aku, dia sangat muda.

    Sumber: TikTok @sembangseram

    The post [VIDEO] Zynakal Kongsi Lagu Jadi ‘Penyelamat’ Individu Yang Putus Asa first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah