26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #SkoolXTRA: Pernah Cari ‘Helah’ Tak Masuk Kelas, Putri Aleeya Akui Kehidupan Di Sekolah Berasrama Matangkan Diri

    Shopee Sale

    Edisi khas segmen #SkoolXTRA mengimbau kembali perjalanan selebriti ketika berada di bangku sekolah, termasuk sisi mereka yang mungkin belum pernah diketahui oleh peminat.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Pergi Casting Walaupun Tawaran Berlakon Sudah Ada, Tak Ada Istilah Guna Kabel Ayah’ – Putri Aleeya

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Awie Bangga Dua Anak Genggam Ijazah – ‘Jangan Rasa Selesa, Kalau Boleh Saya Nak Mereka Lanjutkan Pelajaran Lagi’

    Pergi Bilik Kaunseling

    Menerusi segmen #SkoolXTRA kali ini, anak kepada penyanyi rock legenda Datuk Awie, Putri Aleeya Antasha mengimbau kembali kehidupannya sebagai seorang pelajar termasuk perubahan besar yang dialaminya selepas memasuki sekolah berasrama.

    Tidak berselindung, Aleeya mengakui dirinya juga pernah melalui fasa nakal ketika masih muda sehingga pernah menjadikan bilik kaunseling sebagai ‘tempat melarikan diri’ daripada kelas.

    Saya masa sekolah muda-muda dulu biasalah ada nakal-nakal. Kadang-kadang pergi bilik kaunseling konon-konon meluah perasaan, padahal malas nak masuk kelas. Jangan contohi saya,” katanya berseloroh.

    Masuk Asrama Jadi Titik Perubahan

    Bagaimanapun, Aleeya berkata kehidupannya mula berubah apabila memasuki sekolah berasrama yang disifatkan sebagai antara turning point terbesar dalam hidupnya.

    Menurutnya, persekitaran yang lebih berdisiplin membuatkan dia mula memandang serius soal kehidupan dan pendidikan.

    Bila dah makin besar dan matang, terutama bila saya masuk asrama, memang itu adalah turning point hidup saya di mana saya really take life and education seriously. Bila masuk asrama disiplin pun terjaga. Saya mula belajar, bangun awal lepas Subuh terus belajar dan buat nota.

    Malah, rutin bersama rakan-rakan di asrama turut menjadi pembakar semangat untuk dirinya lebih rajin belajar.

    Masuk waktu solat kita berjemaah sama-sama. Bila tengok kawan-kawan bangun tengah malam untuk belajar, kita pun akan terinspirasi sekali untuk belajar. Di situ saya berubah menjadi seorang yang matang.

    Tak Aktif Sukan, Tapi Pernah Masuk Nasyid

    Bercerita mengenai aktiviti kokurikulum pula, Aleeya mengakui dirinya bukanlah seorang yang aktif dalam bidang sukan ketika di sekolah.

    MENARIK:  Pernah Diarah Buat Adegan Sensitif, Rusdi Ramli Anggap Tidak Adil Untuk Pelakon – ‘Ini Bukan Hollywood, Ini Malaysia’

    Namun, dia tetap mempunyai pengalaman menyertai beberapa aktiviti termasuk perbarisan, nasyid dan koir.

    Saya hanya sertai perbarisan yang pegang sepanduk depan sekali. Olahraga tiada. Tapi saya ada pernah join nasyid.

    Sekolah rendah saya join koir untuk sekali saja.

    Minat Aleeya terhadap bidang persembahan bagaimanapun semakin terserlah apabila melanjutkan pengajian ke universiti apabila dia mula banyak menyertai aktiviti teater.

    Teater saya banyak join masa universiti.

    Daripada seorang pelajar yang pernah mencari alasan untuk tidak masuk kelas, pengalaman hidup di asrama ternyata menjadi fasa penting yang membentuk disiplin serta kematangan Aleeya dalam melihat kepentingan pendidikan.

    Dalam perkembangan lain, Aleeya bakal membintangi drama vertikal Hamza & Mimi yang akan ditayangkan bermula 7 November ini.

    Selain Aleeya, drama tersebut turut dibintangi oleh Imranul Affendy, Zairi Aziz, Yap Nicholas, dan Ryliana Azizan.

    The post #SkoolXTRA: Pernah Cari ‘Helah’ Tak Masuk Kelas, Putri Aleeya Akui Kehidupan Di Sekolah Berasrama Matangkan Diri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah