Tonton Original Series memperkenalkan Puteri Kembang Malam, sebuah drama seram psikologi 10 episod yang membawa kisah misteri, trauma dan manipulasi agama menerusi latar sebuah resort terpencil di Sabah.
Puteri Kembang Malam

Drama arahan Osman Ali dan Izuan Mokhtar ini menampilkan Fasha Sandha, Amylia Aidura, Ariana Yusof, Chacha Maembong, Arena Wan, Zairi Aziz dan Badron Munirah.
Kisah bermula apabila Aina (Amylia Aidura), Erin (Ariana Yusof), Maya (Chacha Maembong) dan Julia (Arena Wan) menyertai sebuah program pemulihan jiwa yang dikendalikan oleh Ustazah Ayuni (Fasha Sandha).
Bagaimanapun, hasrat mereka untuk mencari ketenangan berubah apabila pelbagai kejadian pelik mula berlaku sepanjang berada di resort tersebut.
Situasi menjadi semakin mencurigakan apabila berlaku kehilangan tanpa jejak dan rahsia lama mula terbongkar, sekali gus membuatkan mereka tertanya-tanya tentang tujuan sebenar program berkenaan.
Dalam masa sama, Aina perlu berdepan trauma masa lalu yang kembali menghantuinya ketika dia cuba mencari jawapan terhadap segala kejadian yang berlaku.
Selain elemen seram dan misteri, Puteri Kembang Malam turut mengetengahkan isu manipulasi agama, trauma akibat penderaan dan obsesi terhadap kecantikan.
Mampukah Aina membongkar kebenaran sebelum dirinya menjadi mangsa seterusnya?
Jangan lepaskan Puteri Kembang Malam secara eksklusif di Tonton bermula 22 Ogos hingga 20 September 2026, setiap Sabtu dan Ahad, jam 12 tengah malam.
The post Hilang Tanpa Jejak? ‘Puteri Kembang Malam’ Bongkar Misteri Resort Terpencil first appeared on OHBULAN!.





