28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua dari enam individu ditahan di Golok ada rekod jenayah – KP Kelantan

    Shopee Sale

    Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat hari ini mengesahkan bahawa dua lelaki daripada enam individu yang ditahan di Golok, Thailand pada Jumaat lepas memiliki rekod jenayah berkaitan dadah.

    "Kes ini masih dalam siasatan dan kita serahkan kepada polis Thailand," katanya kepada pemberita selepas Majlis Suai Kenal Bersama Media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu.

    Beliau juga enggan mengulas lanjut penahanan keenam-enam individu yang disyaki terlibat dengan pengedaran dadah kerana ia membabitkan jenayah dan undang-undang di negara jiran.

    MENARIK:  Pemuda Amanah juga mahu KK Mart naikkan kain rentang di semua cawangan

    "Saya tidak dapat sahkan sama ada untuk kegunaan sendiri atau aktiviti pengedaran dadah tetapi kita boleh menimbang secara logik akal… bagaimanapun, hasil ujian air kencing terhadap mereka adalah positif metamfetamina," katanya.

    Mohd Yusoff turut menasihati ibu bapa terutama yang mempunyai anak masih bersekolah supaya mengawasi pergerakan mereka.

    Pada Jumaat lepas, enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi wanita ditangkap di sebuah hotel di Sungai Golok setelah didapati memiliki 6,000 pil kuda.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah