28.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dr M genap berusia 100 tahun

    Shopee Sale

    Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, genap berusia 100 tahun hari ini.

    Dilahirkan pada 10 Julai 1925, Mahathir satu-satunya ahli politik yang pernah menjadi perdana menteri dua kali, dan mencatat rekod sebagai perdana menteri tertua di dunia apabila dilantik semula ke jawatan itu pada 2018. Dia juga perdana menteri Malaysia paling lama berkhidmat, iaitu selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

    Namun, penggal keduanya dari 2018 hingga 2020 berakhir apabila dia dijatuhkan oleh pemimpin dalam partinya sendiri ketika itu, Bersatu. Pada PRU 2022, Mahathir tewas di kerusi Parlimen Langkawi dan hilang wang deposit.

    Meskipun begitu, negarawan berusia seabad ini masih kekal aktif dalam politik tanah air sehingga kini.

    Terbaru, Mahathir mengetuai Sekretariat Pertahan Institusi Kehakiman bagi mendesak Perdana Menteri Anwar Ibrahim bercuti sementara sehingga kes saman sivil berkaitan dakwaan gangguan seksual diselesaikan.

    MENARIK:  'Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kekuatan pasaran kita'

    Sekretariat itu juga mendesak supaya Anwar tidak mencampuri urusan pelantikan kehakiman, berikutan dakwaan berlaku campur tangan selepas persaraan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

    Mahathir turut dikaitkan sebagai dalang dalam krisis kehakiman pada 1988, ketika pentadbiran pertamanya.

    Krisis itu membawa kepada pindaan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan, yang menjejaskan kebebasan badan kehakiman apabila mahkamah tertakluk kepada undang-undang yang digubal oleh Parlimen.

    Krisis itu juga menyaksikan pemecatan kontroversi Ketua Hakim Negara, Salleh Abas, yang dikatakan berpunca daripada suratnya kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu bagi membantah pindaan tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah