Seorang lelaki berdepan hukuman penjara selepas didakwa membunuh isteri sirinya dalam satu kejadian di Desa Druju, Indonesia.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kes Tikam 61 Kali: ‘Suspek Guna Kereta Ayah Untuk Bunuh Mangsa, Empat Kali Cuci Nak Hilangkan Kesan Darah’ – Ketua Polis Kelantan
Artikel Berkaitan: Pelajar Perempuan 16 Tahun Maut Ditikam Pelajar Lelaki 14 Tahun
Suami bunuh isteri

Suspek, Fadeli Amin, 54, yang berasal dari Desa Krebet, Bululawang didakwa menamatkan nyawa isterinya, Ponimah, 42, kira-kira empat bulan selepas mereka bernikah pada Jun 2025.
Menurut pihak pendakwaan, rumah tangga pasangan itu mula bergolak sejak September tahun sama dipercayai berpunca daripada masalah ekonomi dan komunikasi.
Pegawai pendakwa raya, David Christian Lumban Gaol berkata, pertengkaran antara mereka memuncak pada awal pagi 8 Oktober apabila mangsa didakwa sekali lagi menolak ajakan suaminya untuk bersama.
Disebabkan emosi, tertuduh memukul bahagian leher mangsa menggunakan sebatang kayu ketika berada di dapur sehingga mangsa terjatuh.
Tidak terhenti di situ, suspek dipercayai memukul mangsa beberapa kali sebelum bertindak mencekik wanita itu sehingga meninggal dunia. Suspek kemudian membawa mayat isterinya ke kebun tebu dan membakar sebelum menghapuskan bukti.
Lebih mengejutkan, anak suspek yang masih berusia tiga tahun dipercayai turut berada bersama ketika kejadian berlaku.
Mayat Ponimah akhirnya ditemukan penduduk pada 13 Oktober 2025 selepas keluarga mangsa membuat laporan kehilangan tiga hari lebih awal.
Siasatan turut mendapati tertuduh mengambil barang kemas dan telefon bimbit milik mangsa selepas pembunuhan itu. Susulan itu, pihak pendakwaan menuntut hukuman penjara selama 19 tahun terhadap Fadeli atas pertuduhan membunuh secara terancang mengikut Pasal 459 KUHP baharu Indonesia.
Sumber: Jawapos
The post Tolak Hubungan Intim, Wanita Dib*nuh Suami Selepas 4 Bulan Kahwin first appeared on OHBULAN!.





