27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    'Prestasi Bursa Malaysia capai paras tertinggi bukti kekuatan pasaran kita'

    Shopee Sale

    Prestasi Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi membuktikan langkah di bawah kerangka Ekonomi Madani terus memacu keyakinan pelabur, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

    Baru-baru ini, indeks utama Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencecah 1,600 mata, iaitu paras tertinggi dalam tempoh dua tahun, dengan bursa mencapai paras tertinggi berjumlah RM2 trilion dalam permodalan pasaran.

    "Berikutan memperlihatkan daya tahan yang teguh di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan, prestasi ini adalah bukti kekuatan pasaran kita dan ekonomi Malaysia," katanya pada pelancaran CIMB Securities Sdn Bhd di Kuala Lumpur hari ini.

    Amir Hamzah berkata pembangunan pasaran modal Malaysia mencerminkan komitmen untuk mendorong pertumbuhan, inovasi dan daya tahan dalam sektor kewangan, meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama untuk pelaburan dan aktiviti pasaran modal.

    “Seiring dengan mandatnya dari segi kesejahteraan ekonomi Malaysia, Kementerian Kewangan diamanahkan dengan tanggungjawab merangka dasar dan strategi untuk memastikan pertumbuhan mampan, kestabilan kewangan dan kemakmuran untuk seluruh rakyat Malaysia.

    "Tumpuan kepada mandat ini adalah galakan dan perkembangan pasaran modal Malaysia," katanya.

    Amir Hamzah berkata pelbagai strategi dan inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan terus memainkan perananan seiring untuk merealisasikan sasaran utama di bawah Ekonomi Madani.

    MENARIK:  Kes Pastor Koh: Mahkamah benar k'jaan tangguh bayaran RM38 juta

    Ini antara lain adalah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 dan pembaharuan ekonomi utama di bawah Belanjawan Negara 2024.

    "Usaha ini meliputi pelbagai kementerian dan agensi kerajaan, mencerminkan pendekatan keseluruhan kerajaan dan tumpuan kolektif terhadap menaikkan siling dan menaikkan lantai, membuka laluan ke arah pertumbuhan ekonomi yang ketara dan mampan melalui inisiatif yang dipacu impak," katanya. 

    Sehubungan itu, kerajaan menumpukan kepada sektor korporat untuk meningkatkan penyertaannya dalam ekosistem ekonomi negara.

    "Sehubungan itu, saya mengalu-alukan penyertaan CIMB Securities dalam pasaran modal, dan berharap dapat meningkatkan kekuatan pasaran kewangan kita," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah