27.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dr Dzulkefly nekad tangani isu gaji, kebajikan jururawat

    Shopee Sale

    Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menzahirkan komitmen beliau untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan jururawat di negara ini terutama membabitkan isu gaji dan kebajikan mereka.

    Beliau berkata kerjaya jururawat adalah tulang belakang dalam memastikan kelancaran sistem perkhidmatan kesihatan kepada seluruh rakyat.

    “Selaku Menteri Kesihatan, saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan serta tugasan yang masih belum tuntas diselesaikan.

    “Saya komited untuk tangani semua ini… berikan saya sedikit waktu,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Jururawat Antarabangsa dan ulang tahun kelahiran Florence Nightingale semalam.

    Dr Dzulkefly turut mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga kejururawatan di Malaysia khususnya di Kementerian Kesihatan dan berharap supaya mereka terus maju serta berjaya dalam menjalankan amanah mulia itu.

    Menerusi hantaran berasingan, beliau merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Ibu khususnya untuk golongan itu dalam kalangan doktor, jururawat dan petugas kesihatan.

    MENARIK:  SPRM tahan pasangan Imigresen, rampas emas RM1.4 juta

    “Anda bukan sahaja menjaga keluarga dengan penuh kasih sayang malah menjaga kesihatan seluruh rakyat Malaysia dengan penuh kesabaran. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati seluruh kaum ibu, diberikan mereka kesihatan, kebahagiaan dan kekuatan,” katanya.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah