Calon Republikan, Donald Trump menang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) apabila berjaya melepasi majoriti 270 undi elektoral yang diperlukan untuk memenangi jawatan itu.
Menurut Agensi Anadolu yang memetik Fox News, yang lazimnya memihak kepada Trump dan Republikan, bekas presiden itu menewaskan pesaingnya dari Demokrat, Kamal Harris.
Dia setakat ini dikatakan memenangi 277 undi elektoral sekali gus bakal dipilih sebagai presiden AS ke-47.
Antara negeri-negeri penting yang dimenangi oleh Trump, termasuk Carolina Utara, Georgia, Pennsylvania, dan Wisconsin, serta negeri-negeri lain seperti Indiana, Kentucky, Virginia Barat, Florida, Tennessee, Carolina Selatan, Oklahoma, Mississippi, Alabama, Arkansas, Dakota Utara, Dakota Selatan, Wyoming, Nebraska, Louisiana, Ohio, Texas, Missouri, Utah, Montana, Kansas, Iowa dan Idaho.
AS mempunyai 538 kerusi elektoral dan untuk memenangi jawatan presiden, seseorang calon itu mesti memperoleh sekurang-kurangnya 270.





