28 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dakwaan anggota terlibat kes rogol bercanggah fakta sebenar – TDM

    Shopee Sale

    Hasil siasatan dalaman Tentera Darat Malaysia (TDM) berhubung seorang anggotanya yang didakwa terlibat dalam kes rogol, cabul dan persetubuhan seperti yang tular menerusi media sosial baru-baru ini mendapati perkara itu bercanggah dengan fakta sebenar.

    Markas Tentera Darat dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu diperoleh selepas siasatan dilakukan dan anggota terbabit kemudian membuat laporan polis berhubung perkara itu.

    “Isu ini tular sejak 2024 hingga sekarang dan TDM telah melaksanakan siasatan dalaman serta mendapati aduan yang tular di platform media sosial adalah bercanggah dengan fakta sebenar.

    “Selain itu, pegawai dan anggota terlibat telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi tindakan lanjut,” menurut kenyataan itu.

    TDM menyifatkan tindakan pengadu menggunakan platform media sosial sebagai medium pelaporan sebagai tidak profesional dan dilihat cubaan untuk mencemarkan imej pasukan tentera itu.

    MENARIK:  PM Pakistan tangguh lawatan ekoran insiden di Kashmir

    Menurut kenyataan itu juga, sehingga hari ini, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh pengadu atas tuduhan jenayah sebagaimana aduan yang tular selain akaun media sosial itu juga telah dipadamkan.

    TDM menegaskan budaya “Trial by Viral” tidak boleh dinormalisasikan dan akan menggunakan undang-undang sivil serta jenayah untuk mengekang gejala berkenaan.

    “Setiap dakwaan hendaklah dikemukakan melalui saluran yang sah supaya dapat disiasat secara adil, telus dan mengikut lunas undang-undang.

    “TDM memandang serius penularan dakwaan serta kandungan di platform media sosial yang berunsur fitnah, tidak berasas dan berpotensi menjejaskan reputasi anggota, rantaian pemerintahan serta imej organisasi,” menurut kenyataan itu.

    Pada 8 Julai lepas, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman berkata pihaknya mengambil maklum tentang dakwaan seorang anggota TDM terbabit kes rogol yang tular di media sosial dengan siasatan sedang dilaksanakan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah