BN malam ini mengumumkan senarai 25 calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang dijadualkan pada 1 Ogos depan.
Pengumuman itu dibuat Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN PRN Negeri Sembilan di Paroi, Seremban.
Menurut Mohamad, BN tidak akan bertanding di kesemua 36 kerusi DUN kerana gabungan itu ada “kerjasama dengan rakan yang lain”.
“Tapi jangan risau, kita tak ada persefahaman dengan Linggi.
“Kita buat persefahaman dengan rakan yang boleh dipercayai, insya-Allah,”katanya.
Daripada 36 kerusi DUN< Umno akan mempertahankan kesemua 14 kerusi yang dimilikinya.
MCA pula akan bertanding di tujuh kerusi, manakala MIC bertanding dua kerusi.
Berikut senarai 25 calon tersebut:
JELEBU
N01 Chennah - Siow Kong Chun
N02 Pertang - Jalaluddin Alias
N03 Sungai Lui - Mohd Razi Mohd Ali
JEMPOL
N06 Palong - Mustapha Nagoor
N07 Jeram Padang - Mohd Zaidy Abdul Kadir
N08 Bahau - Chong Fui Ming
SEREMBAN
N09 Lenggeng - Asna Amin
N10 Nilai - Lai Chien Kong
N11 Lobak - Lai Chien Kong
N12 Temiang - Leaw Kok Chan
KUALA PILAH
N15 Juasseh - Ismail Lasim
N16 Sri Menanti - Sufian Maradzi
N17 Senaling - Qayyum Abd Jalil
N19 Johol - Saiful Yazan Sulaiman
N20 Labu - Siti Nur Umaira Hasim
N22 Rahang - Yap Siok Moy
N24 Seremban Jaya - Thinalan Rajagopalu
REMBAU
N27 Rantau - Mohamad Hasan
N26 Chembong - Zaifulbahri Idris
N28 Kota - Suhaimi Aini
PORT DICKSON
N29 Chuah - Pau Jeou Ching
N32 Linggi - Mohd Faizal Ramli
N33 Sri Tanjung - Achutan Alagan
TAMPIN
N35 Gemencheh - Suhaimizan Bizar
N36 Repah - Koh Kim Swee
[Berita penuh menyusul]





