29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    BN juga tiada kaitan dalam kes Ismail Sabri, kata Zambry

    Shopee Sale

    Selepas Umno, Barisan Nasional (BN) pula tampil menegaskan bahawa parti gabungan itu tiada sebarang kaitan dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

    Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir berkata dia juga tidak menerima sebarang pemakluman berkaitan mana-mana pihak cuba mengaitkan kes dihadapi bekas naib presiden Umno itu.

    "(Setakat ini) tak adalah yang kita dengar hal sedemikian (mana-mana pihak mengaitkan kes Ismail Sabri dengan BN).

    "Seperti dimaklumkan, jika (terdapat sebarang) isu terkait dengan individu (dalam parti) ia tiada kaitan dengan BN.

    “Isu terkait dengan individu biarlah diuruskan dengan individu terbabit, tetapi yang mustahaknya biarlah proses berjalan seperti dimaklumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, malam tadi," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

    Asyraf Wajdi Dusuki

    Terdahulu, Umno menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di rumah individu tertentu, dalam siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri.

    MENARIK:  Wan Fayhsal cabar lagi Rafizi, Fahmi berdebat isu jualan saham MAHB

    Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, dipetik sebagai berkata, parti itu memandang serius sebarang cubaan mengaitkannya dengan siasatan SPRM.

    Ismail Sabri dipanggil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya esok berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan perbelanjaan serta perolehan dana bagi kempen promosi Keluarga Malaysia ketika pentadbirannya.

    Ini susulan serbuan SPRM terhadap sebuah premis yang dikaitkan dengan beberapa pegawai bekas perdana menteri, dan merampas kira-kira RM170 juta wang tunai dirampas dan 16kg jongkong emas.

    Setakat ini, SPRM telah merekodkan keterangan daripada 31 individu dan membekukan 13 akaun bank berjumlah sekitar RM2 juta.

    Semalam, Anwar menafikan dakwaan bahawa siasatan terhadap Ismail bermotifkan politik.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah