29.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mayat lelaki ditemukan terapung di Sungai Pantai

    Shopee Sale

    Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri, di Kuala Lumpur pada 4.39 petang semalam.

    Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi kenyataan semalam memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 bagi membantu polis untuk mengangkat mayat.

    Menurut kenyataan itu, seramai 19 anggota bersama dua jentera bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai digerakkan ke lokasi kejadian.

    “Setibanya pasukan bomba di lokasi, terdapat seorang mangsa lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia, ditemukan hanyut di atas permukaan sungai.

    MENARIK:  ECRL tidak akan ke Johor buat masa ini

    “Tindakan operasi melakukan dua checkpoint iaitu yang pertama berhampiran Blok 100 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai dan yang kedua dari blok 100 PPR Seri Pantai sehingga PPR Seri Cempaka,” menurut kenyataan itu.

    Kenyataan itu memaklumkan mayat seorang lelaki berjaya ditemukan berdekatan Stesen KTMB Angkasapuri dan dibawa naik oleh anggota di kawasan berhampiran PPR Seri Pantai pada 5.31 petang.

    “Identiti mangsa merupakan bukan warganegara dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya, selepas operasi selesai sepenuhnya pada 6.49 petang,” menurut kenyataan itu.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah