28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bersatu nafi beri peluang kedua pada ahli dipecat, digantung

    Shopee Sale

    Bersatu menafikan dakwaan kononnya parti itu memberi “peluang kedua” kepada pemimpin yang digantung atau dipecat, sebaliknya menegaskan mereka masih perlu melalui proses rayuan seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.

    Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz, menjelaskan dakwaan mengenai layanan istimewa terhadap individu yang dikenakan tindakan disiplin tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti pada 4 November lalu.

    “Laporan yang memetik kenyataan 'sumber dalaman' parti bahawa perkara ini ada dibincangkan dalam Mesyuarat MPT adalah tidak benar dan mengelirukan.

    “Berdasarkan perlembagaan parti Fasal 22.6, mana-mana ahli yang didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.

    “Seterusnya, Lembaga Rayuan akan mempertimbangkan dan memutuskan kedudukan rayuan yang dibuat berdasarkan kuasa-kuasa yang diperuntukkan kepadanya oleh perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Semalam, satu sumber dilaporkan mendakwa bahawa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin telah bersetuju melantik Noh Omar sebagai pengerusi sebuah “majlis perundingan”.

    Ahli MPT itu dikatakan diberi tanggungjawab merangka dan melaksanakan pendekatan bagi menyelesaikan konflik dalaman Bersatu serta memulihkan kepercayaan awam terhadap parti.

    Sumber itu turut mendakwa Noh mencadangkan agar keputusan Lembaga Disiplin disemak semula dengan membatalkan semua perubahan dan hukuman yang telah dikenakan.

    Dakwaan itu timbul susulan keputusan Lembaga Disiplin Bersatu pada 14 Oktober, yang menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal untuk satu penggal, serta memecat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan.

    MENARIK:  Pengerusi AICHR gesa tindakan tegas hak asasi, cabar konsensus Asean

    Empat ketua bahagian Bersatu turut dipecat oleh parti gabungan PN itu.

    Lembaga Disiplin Bersatu pada kenyataannya sebelum ini menyatakan para pemimpin berkenaan didapati bersalah melanggar kod etika dan tatakelakuan serta perlembagaan Bersatu.

    Walaupun lembaga itu tidak memperincikan bentuk pelanggaran tersebut, dipercayai bahawa pemecatan Wan Saiful dan empat ketua bahagian terbabit berkaitan dengan usaha terbaru untuk menekan Muhyiddin supaya menyerahkan kepimpinan parti kepada timbalannya, Hamzah Zainudin.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah