29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sekarang Saya Sudah Tiada Lagi Doa Daripada Seorang Bapa’ – Erysha Emyra

    Shopee Sale

    Pelakon, Erysha Emyra mengakui dirinya masih dalam proses menerima kenyataan dan meredakan hati selepas kehilangan bapa tersayang, Allahyarham Datuk Zakaria Abdul Rahman yang meninggal dunia pada 29 Mei lalu.

    Artikel Berkaitan: Bapa Erysha Emyra Meninggal Dunia

    Artikel Berkaitan: Qasrina Karim Titip Doa, Kongsi Foto Suasana Pilu Di Pusara Arwah Bapa Erysha Emyra

    Hilang insan tersayang

    Erysha atau nama sebenarnya Nur Erysha Emyra Zakaria, 26, berkata, pemergian insan yang sangat rapat dengannya itu meninggalkan kesan mendalam serta satu kekosongan besar dalam hidupnya.

    Menurut aktres tersebut, dia kini cuba untuk mengetepikan perasaan sedih buat sementara waktu demi memberi tumpuan kepada komitmen kerja yang telah diatur lebih awal.

    Saya rindu segala-galanya sebab saya memang rapat dengan ayah. Saya sangat manja dengan dia, jadi bila dia sudah tiada, memang terasa kosong.

    Pemergian ayah ini, saya rasa tak mampu nak cakap apa-apa lagi. Buat masa sekarang, saya cuba ketepikan perasaan itu sekejap kerana masih ada komitmen kerja.

    Setiap hari saya perlu masuk set dan teruskan kerja seperti biasa. Mungkin selepas selesai penggambaran nanti, barulah saya akan hadapi semua perasaan ini sepenuhnya.

    Erysha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada program MeleTOP yang berlangsung di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.

    Dalam masa sama, pelakon drama Ikatan Terlarang itu mengakui sedikit terkilan kerana kesibukan jadual penggambaran menyebabkan dia tidak dapat meluangkan lebih banyak masa bersama bapanya ketika arwah sedang sakit.

    Bagaimanapun, dia bersyukur apabila pihak produksi memberikan pelepasan cuti selama seminggu sebaik dimaklumkan mengenai keadaan bapanya yang kritikal.

    Ketika ayah sakit, saya memang sangat sibuk dengan penggambaran dan kami tidak mempunyai banyak masa bersama.

    Namun saya sangat bersyukur kepada produksi Ikatan Terlarang. Apabila saya hubungi mereka dan beritahu ayah dimasukkan ke bahagian kecemasan, mereka terus memberi cuti kepada saya.

    Sebaik saya tiba di hospital, ayah terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan ditidurkan. Dalam tempoh kurang lima jam, pihak produksi terus meluluskan cuti selama seminggu.

    Saya sangat menghargainya kerana dapat meluangkan masa bersama ayah sehingga saat-saat akhir. Dia juga menghembuskan nafas terakhir di depan saya.

    Kalau ketika itu saya masih berada di set dan hanya menerima panggilan telefon, mungkin saya akan lebih terkilan.

    Meskipun masih bersedih dengan kehilangan tersebut, Erysha berkata dia reda dengan ketentuan Ilahi dan akan meneruskan amanah yang ditinggalkan arwah bapanya.

    Memang bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui sesiapa pun. Namun saya percaya, dengan masa, kita akan semakin reda dan kuat.

    Sekarang mungkin saya sudah tidak mempunyai doa daripada seorang ayah, tetapi saya yang perlu terus mendoakan dia.

    Antara pesanan terakhir arwah ialah supaya saya menjaga keluarga, memikul amanah yang ditinggalkannya dan memastikan kami terus hidup dalam keadaan gembira serta bersatu.

    Terdahulu, Allahyarham Datuk Zakaria Abdul Rahman dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum menghembuskan nafas terakhir beberapa hari kemudian.

    MENARIK:  [VIDEO] Pernah Dibantu Ebit Lew, Mondy Tattoo Kini Berbadan Dua? – ‘Hamil Tanpa Suami Itu Bukan Mudah’

    The post ‘Sekarang Saya Sudah Tiada Lagi Doa Daripada Seorang Bapa’ – Erysha Emyra first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah