26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Beijing bengang AS letak entiti China dalam kawalan eksport

    Shopee Sale

    China meluahkan rasa tidak puas hati dan dengan tegas membantah tindakan Amerika Syarikat (AS) yang meletakkan beberapa entiti China dalam senarai "entiti kawalan eksport" dan "senarai tidak disahkan", kata jurucakap Kementerian Perdagangan China pada Isnin, lapor Xinhua.

    Jurucakap itu berkata China mengambil maklum tindakan terbaharu AS, yang menambah enam entiti China ke dalam "senarai entiti" dan tiga lagi dalam "senarai tidak disahkan" atas alasan berkaitan isu ketenteraan dan Iran.

    Untuk tempoh yang panjang, AS telah memperluaskan konsep keselamatan negara, menyalahgunakan langkah kawalan eksport, menyekat dan menekan syarikat dari negara lain termasuk China.

    MENARIK:  Menteri beri jaminan sekolah berasrama tetap selamat

    Tindakan sedemikian telah menjejaskan hak dan kepentingan sah syarikat-syarikat berkenaan serta menjejaskan keterjaminan dan kestabilan rantaian bekalan industri global, kata jurucakap itu.

    Pihak AS seharusnya segera menghentikan tindakan salah ini, kata jurucakap itu sambil menegaskan bahawa China akan mengambil langkah yang diperlukan untuk mempertahankan hak dan kepentingan sah syarikat-syarikatnya dengan tegas.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah