33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Banjir: DAP Sabah gesa batal sambutan Hari Malaysia

    Shopee Sale

    DAP Sabah menggesa kerajaan membatalkan sambutan Hari Malaysia di Pulau Pinang esok bagi menumpukan perhatian kepada usaha bantuan dan pemulihan di negeri itu, yang kini dilanda banjir serta tanah runtuh.

    Sehingga laporan ini ditulis, lebih 360 orang telah dipindahkan di Kota Kinabalu dan Penampang akibat banjir, manakala seorang mangsa dilaporkan maut akibat tanah runtuh.

    Kejadian tanah runtuh itu turut meranapkan sebuah menara pencawang hingga menyebabkan gangguan bekalan elektrik.

    “DAP Sabah menegaskan bahawa untuk benar-benar menghormati semangat Hari Malaysia, bencana ini mesti dianggap sebagai krisis peringkat nasional,” kata pengerusi DAP negeri, Phoong Jin Zhe dalam satu kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Malaysia, Mesir senada tolak usaha 'halau' rakyat Palestin dari bumi Gaza

    “Parti menekankan bahawa perpaduan dan patriotisme bukan sekadar ditonjolkan melalui perarakan atau acara perayaan, tetapi melalui tindakan tegas, keprihatinan dan solidariti bersama rakyat Malaysia yang sedang ditimpa kesusahan,” tambahnya.

    Phoong turut mengambil contoh langkah yang diambil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang membatalkan Sambutan Ambang Merdeka sebelum ini susulan insiden tanah mendap di Jalan Masjid India.

    Begitu juga dengan tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang membatalkan sambutan Aidilfitri peringkat negeri selepas kebakaran besar di Putra Heights.

    Sehubungan itu, Phoong menggesa agensi negeri dan persekutuan mempergiatkan usaha membantu mangsa banjir di Sabah dan mengurangkan penderitaan mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah