33.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    22 cabutan judi: PAS nafi Zafrul bawa ke kabinet

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menafikan dakwaan bekas menteri kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz bahawa kabinet di bawah pentadbiran terdahulu memutuskan untuk meningkatkan kekerapan cabutan khas kepada 22 kali setahun.

    Sebaliknya, Takiyuddin yang menjadi menteri tenaga dan sumber asli di bawah pentadbiran Ismail Sabri Yaakob, menegaskan Zafrul tidak pernah membawa perkara itu kepada kabinet untuk dipertimbangkan.

    “Seingat kami perkara itu tidak pun dibawa ke kabinet, hanya di peringkat Kementerian Kewangan.

    “Minta Tengku Zafrul confirm, dia menteri kewangan, kita menteri lain.

    “Tak dibawa ke kabinet kami tidak ada makluman. Bila dah keluar beberapa kali baru kita buat teguran, tapi dah putus dah, itu bidang kuasa Kementerian Kewangan.

    “Tidak dibawa ke kabinet, tidak ada kertas kabinet, tak ada memorandum menteri, memang bidang kuasa dia di Kementerian Kewangan,” kata ahli parlimen Kota Bharu itu.

    Takiyuddin berkata demikian pada sidang media bersama Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

    Terdahulu, Abdul Hadi menyampaikan ucapan dasar dan merasmikan Muktamar PAS Pusat ke-72 di Kota Bharu hari ini.

    Semalam, Zafrul menegaskan keputusan meningkatkan cabutan khas kepada 22 kali setahun merupakan tanggungjawab bersama kabinet, yang turut dianggotai menteri daripada PAS ketika itu.

    Sambil menyatakan cabutan khas mula diperkenalkan pada 1999, Zafrul berkata had 22 cabutan setahun sudah wujud di bawah pentadbiran BN terdahulu sebelum dia menjadi menteri kewangan lagi.

    MENARIK:  Anwar agih 28,000 ekor ayam segar di Permatang Pauh sempena raya

    Dia berkata demikian selepas Ketua Pemuda PAS Kelantan Firdaus Nawi membangkitkan bahawa Zafrul yang meluluskan peningkatan itu, sedangkan PAS membantahnya.

    Firdaus membangkitkan perkara tersebut bagi menepis sindiran Anwar bahawa jumlah cabutan khas meningkat daripada lapan kepada 22 kali ketika PAS berada di dalam kerajaan.

    Perkara itu dibangkitkan perdana menteri dan penyokongnya sebagai menjawab amaran Menteri Besar Kedah Sanusi Nor bahawa rakyat Kedah akan “memaki” Anwar jika dia tidak mengharamkan perjudian di negeri itu

    Kerajaan Kedah sebelum ini mengarahkan pihak berkuasa tempatan supaya tidak mengeluarkan atau memperbaharui lesen perniagaan premis perjudian.

    Namun, Mahkamah Rayuan memutuskan arahan itu tidak berperlembagaan kerana melampaui kuasa kerajaan negeri serta menceroboh bidang kuasa Persekutuan dan kuasa menteri kewangan dalam hal perjudian dan loteri.

    Mahkamah Persekutuan kemudiannya menolak permohonan kerajaan Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan berkenaan.

    Pegawai Anwar dan Kementerian Kewangan kemudian membalas kecaman Sanusi, dengan membangkitkan keputusan kerajaan terdahulu menambah jumlah cabutan khas kepada 22 kali setahun.

    Selepas mengambil alih pentadbiran pada Disember 2022, Anwar mengarahkan jumlah cabutan khas itu dikurangkan kepada lapan kali setahun mulai 2023.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah