Pemuda PAS Perlis menggesa parti dan kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) untuk mempertimbangkan "tindakan keras" terhadap Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah.
Perwakilan Ali Na'imi Ahmad Azizi menuduh Ketua Bersatu Perlis itu semakin mencalarkan imej PN dan PAS di negeri berkenaan, menekankan bahawa negeri masih ditadbir oleh PN.
Dia mendakwa Adun PAS dilayan seperti wakil pembangkang, manakala tindakan turut diambil terhadap beberapa lantikan politik daripada PAS.
“Pemuda PAS Perlis hari ini memohon kepada pimpinan PAS serta Perikatan Nasional untuk mempertimbangkan satu tindakan yang keras kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis yang sekarang ini, bukan yang lepas.
"Kerajaan negeri juga dilihat mengambil tindakan sewenang-wenangnya terhadap lantikan-lantikan politik daripada kalangan PAS kita seperti ahli majlis," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS pada muktamar Pemuda PAS ke-67 di Kota Bharu hari ini.
Walau bagaimanapun, dia tidak memberikan contoh atau tindakan yang dimaksudkannya.
Abu Bakar sebelum ini mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perlis pada 28 Dis, dengan Adun Kuala Perlis itu menggantikan Shukri Ramli dari PAS, yang meletak jawatan sebagai menteri besar atas sebab kesihatan.
Peletakan jawatan Shukri berlaku di tengah-tengah percubaan rampasan kuasa yang melibatkan Bersatu dan tiga Adun PAS, yang keahlian parti mereka telah ditamatkan sementara kerusi mereka dalam badan perundangan Perlis dikosongkan.
[Baca laporan penuh]





