26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aziz Yusoff ‘bojeng’ untuk Awie

    Shopee Sale

    Bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Nenggiri, Kelantan, Ab Aziz Yusoff menyambut kejayaan BN dalam pilihan raya kecil di situ dengan membotakkan kepala.

    Dia berkongsi gambar rambutnya digunting dan dicukur sehingga botak di sebuah kedai di Gua Musang, pekan terdekat dengan kawasan itu.

    “Bojeng untuk kemenangan YB Awie,” tulisnya di media sosial.

    Aziz sebelum membotakkan kepala

    BN kelmarin merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri selepas calonnya Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dengan majoriti besar 3,352 undi.

    Ab Aziz hilang kerusi DUN itu bagi pihak BN tahun lalu susulan kebangkitan Gelombang Hijau yang digerakkan PAS, sekutu penting Bersatu dalam PH.

    Pilihan raya kali ini diadakan selepas kerusi itu diisytihar kosong selepas penyandang Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keanggotaan oleh Bersatu.

    ‘Hari ini peranancangan Allah terjawab’

    Sementara itu, dalam tulisan lain hari ini, Aziz mendedahkan dia tahun lalu menolak menjadi calon ketika Azmawi dianggap “calon pilihan”.

    “Akur dengan pucuk pimpinan parti, saya  bertanding sekali lagi dan tewas  810 undi,” katanya.

    Azmawi dan keluarga

    Susulan itu, katanya, dia meminta Azmawi yang lebih dikenali sebagai Awie terus menjaga kebajikan penduduk setempat sebagai persediaan untuk pilihan raya umum akan datang.

    MENARIK:  Polis saran peniaga di Masjid India tutup sementara premis

    Bagaimanapun, katanya, rezeki Awie datang lebih awal.

    “Siapa sangka ada PRK DUN Nenggiri. Hanya Allah yang tahu dan menentukan segalanya.

    “Hari ini peranancangan Allah terjawab,” katanya.

    Katanya, jika tahun lepas Awie bertanding, dia juga akan tewas seperti pengalamannya,

    Dia justeru berpesan kepada Awie supaya memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Nenggiri.

    “Jadilah wakil rakyat untuk semua golongan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah