25.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis saran peniaga di Masjid India tutup sementara premis

    Shopee Sale

    Peniaga di Jalan Masjid India di Kuala Lumpur disaran menutup premis perniagaan masing-masing buat sementara waktu bagi mengelak risiko terhidu gas beracun yang mungkin keluar daripada lurang kumbahan semasa operasi pencarian wanita mangsa tanah jerlus dilaksanakan.

    Ketua Polis Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata meskipun keadaan di sekitar kawasan Jalan Masjid India itu buat masa ini selamat, namun langkah berjaga-jaga juga perlu diambil kerana kebocoran gas beracun boleh menimbulkan risiko kesihatan kepada pengunjung dan juga peniaga jika terhidu.

    “Pada masa yang sama, kami menasihatkan peniaga untuk menutup perniagaan mereka buat sementara waktu, bagi mengelakkan sebarang risiko kesihatan yang berpotensi disebabkan oleh kebocoran gas dari lurang di sepanjang laluan aliran air,” katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

    Sulizmie berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang meneruskan siasatan ke atas struktur tanah di kawasan tersebut untuk dapatan yang lebih terperinci dan penemuan tambahan bagi membantu pencarian.

    MENARIK:  Syarikat didenda kerana guna alasan kaum pecat pekerja

    Semalam, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata operasi perniagaan di Jalan Masjid India boleh dijalankan seperti biasa pada hari ini.

    Beliau berkata pemeriksaan bomba di sekitar lokasi kejadian tanah jerlus ini mendapati kawasan itu selamat.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah