Pelakon, Datuk Fizz Fairuz menitipkan ucapan istimewa buat isterinya, Datin Almy Nadia sempena ulang tahun kelahiran serta perkahwinan yang ke-12.
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Terus Berjaya Suraya, Selamat Menjadi Mantan Seperti DJ Lain’ – Fizz Fairuz
Artikel Berkaitan: Fizz Fairuz Umum Undur Diri Jadi Penyampai Radio, Almy Nadia Titip Ucapan Semangat – ‘Percaya Rezeki Ada Di Mana-Mana’
Ucapan manis

Menerusi perkongsian di Threads, Fizz atau nama lengkapnya Fairuz Zainal Abidin, 46, dilihat memuat naik beberapa momen bersama Almy sepanjang 12 tahun melayari bahtera perkahwinan.
Pada hantaran yang sama, Fizz menzahirkan rasa syukur atas pengorbanan Almy yang banyak bersabar serta memastikan anak-anak membesar dengan baik.
Happy anniversary dan selamat ulang tahun kelahiran sayang ku.
Terima kasih 12 tahun bertahan dengan perangai saya, jaga dan besarkan anak-anak.
Jadi ibu yang terbaik untuk keluarga kita, walaupun selalu ‘pau’ saya.
Dalam pada itu, Fizz sempat berkongsi hasratnya untuk membawa Almy atau nama lengkapnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Makkah.
Semoga berkekalan sehingga ke jannah.
Hadiah saya nak bawa awak pergi buat haji.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan mereka sebagai pasangan bahagia tanpa terpalit dengan mana-mana kontroversi. Selain itu, warganet turut mendoakan agar hubungan yang dibina kekal sehingga ke syurga.
Untuk info, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada April 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.
Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 17.
Sumber: Threads @fizzfairuzofficial
The post Fizz Fairuz Pasang Impian Bawa Isteri Tunai Haji – ‘Terima Kasih 12 Tahun Bertahan Dengan Perangai Saya’ first appeared on OHBULAN!.





