26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Simptom Awal Kencing Kotor Yang Perlu Dititikberatkan

    Shopee Sale

    Jangkitan saluran kencing (UTI) boleh berlaku apabila bakteria masuk ke dalam sistem urinari dan menyebabkan ketidakselesaan ketika membuang air kecil.

    Artikel Berkaitan: Fakta! Kerap Buat Hubungan Intim Boleh Tingkatkan Risiko Kencing Kotor

    Kencing kotor

    Memetik laporan Mayo Clinic, jangkitan saluran kencing atau Jangkitan Saluran Kencing (UTI) boleh berlaku pada mana-mana bahagian sistem urinari seperti buah pinggang, ureter, pundi kencing dan uretra.

    Antara simptom utama yang sering dialami termasuk:

    • Rasa pedih atau panas ketika membuang air kecil.
    • Keinginan untuk kencing secara kerap tetapi hanya keluar dalam kuantiti sedikit.
    • Rasa ingin kencing yang berterusan walaupun sudah baru saja ke tandas.
    • Air kencing kelihatan keruh dan tidak jernih.
    • Air kening berwarna kemerahan, merah jambu atau seperti teh gelap (ke arah darah).
    • Sakit atau terasa tekanan di bahagian bawah perut atau kawasan pelvis.
    MENARIK:  Yusuf Bahrin Kerap Diaju Soal Zuriat Waktu Raya – ‘Dah Lima Tahun Kahwin, Mereka Dah Senyap’

    UTI sering dianggap masalah ringan, namun ianya mampu menjadi komplikasi pada buah pinggang jika tidak dirawat dengan segera.

    Walaupun simptom awalnya dianggap biasa namun sebenarnya boleh menjadi petanda awal kepada jangkitan yang lebih serius.

    Justeru, pemeriksaan dan rawatan awal amat penting bagi mengelakkan komplikasi serta memastikan kesihatan sistem urinari kekal terjaga.

    Sumber: Mayo Clinic

    The post Simptom Awal Kencing Kotor Yang Perlu Dititikberatkan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah