26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Allah Pilih Dia Untuk Kita Jadikan Pengajaran, Bukan Mengeji’ – Reen Rahim

    Shopee Sale

    Pelakon, Reen Rahim tampil menegur sikap segelintir individu supaya tidak terlalu mudah menghakimi orang lain.

    Artikel Berkaitan: Reen Rahim Persoal Sikap Suami ‘Acah Garang’ Depan Orang – ‘Pegang Tangan Pun Susah Sangat, Tahu Tak Istilah Ego Itu Membunuh?’

    Artikel Berkaitan: Reen Rahim Sangkal Kenyataan Mekyun Sifatkan Pempengaruh Sombong – ‘Sebenarnya Kita Yang Insecure Sampai Nampak Semua Negatif’

    Sepatutnya dijadikan pengajaran

    Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu meluahkan rasa kesal apabila mendakwa pernah menjadi rakan sekelas bersama aktres Ruhainies, yang kini sedang hangat diperkatakan di media sosial.

    Menyesal pernah satu kelas dengan dia dulu, agak-agak siapa eh?

    Bagaimanapun, hantaran tersebut turut meraih perhatian Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 37, yang menegaskan bahawa apa sahaja yang Allah tunjukkan kepada kita seharusnya dijadikan pengajaran dan bukan untuk dikeji.

    Allah pilih dia untuk kita nampak dan jadikan sebagai pengajaran, bukan untuk mengeji.

    Syukur aib masih ditutup

    Dalam masa sama, aktres drama ‘Puji Hati Kanda’ itu turut menitipkan nasihat agar sentiasa bersyukur kerana Allah masih menutup aib masing-masing.

    Awak yang post ini pun bersyukurlah Allah simpan aib awak.

    Di samping itu, Reen menegaskan bahawa kenyataan tersebut bukan bertujuan untuk menyokong mana-mana pihak, sebaliknya hanya sekadar pandangan peribadi.

    Bukan back up sesiapa, tapi ini adalah pandangan saya sendiri.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  Leher Dililit Kabel Laptop Angkara Dibunuh Adik Kandung, Wanita Mati Tertiarap Di Atas Tangga Rumah

    The post ‘Allah Pilih Dia Untuk Kita Jadikan Pengajaran, Bukan Mengeji’ – Reen Rahim first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah