29 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Api marak 3 pagi: Lima sekeluarga rentung, tiga kereta musnah

    Shopee Sale

    Lima sekeluarga ditemukan rentung dalam satu kebakaran tragis di sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat di Raub, awal pagi ini.

    Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman memaklumkan bahawa pihak polis menerima laporan mengenai insiden tersebut kira-kira jam 3.35 pagi.

    "Sejurus kerja-kerja pemadaman dilakukan, pihak penyelamat menemukan kesemua mangsa di lokasi kejadian dalam keadaan rentung," katanya ketika dihubungi media, hari ini.

    Dia menambah, semua mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Raub untuk proses bezah siasat dan tindakan lanjut.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim dalam satu kenyataan berkata, pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 4.15 pagi.

    Meskipun api berjaya dikawal pada jam 4.48 pagi, namun struktur rumah berkenaan dilaporkan musnah sepenuhnya.

    MENARIK:  PAS: Kenapa ahli politik mengaku ‘rasuah’ masih dalam lembaga GLC?

    "Kebakaran tersebut memusnahkan 100 peratus struktur rumah, selain melibatkan kemusnahan tiga buah kereta dan tiga motosikal," katanya.

    Operasi pemadaman tersebut melibatkan sembilan anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Raub. Operasi turut dibantu oleh lima anggota dan sebuah jentera FRT dari BBP Lipis.

    Pasukan Keluaran Operasi (PKO) menggunakan satu aliran hos sepanjang kira-kira 60 meter dengan sumber air daripada tangki jentera untuk memadamkan saki-baki api.

    Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian sebenar masih dalam proses siasatan pihak forensik bomba.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah