32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Caltex umum gangguan sementara bekalan minyak di lima negeri

    Shopee Sale

    Caltex Malaysia mengumumkan beberapa stesen minyaknya di lima negeri mungkin mengalami gangguan sementara bekalan petrol RON95 dan diesel bagi tempoh beberapa hari akan datang bermula kelmarin.

    Dalam satu hantaran di Instagram, Caltex memaklumkan negeri-negeri yang terjejas ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Kelantan.

    Syarikat berkenaan menjelaskan gangguan itu berpunca daripada kelewatan luar jangka di pelabuhan yang menjejaskan jadual penghantaran bahan apinya.

    MENARIK:  Tiada temu bual terhadap pengarah SRC atas urus niaga syarikat - Saksi

    Ia menambah bahawa usaha sedang giat dijalankan untuk memberi keutamaan kepada pengedaran dan meminimumkan tempoh gangguan.

    Caltex turut memohon maaf berhubung segala kesulitan dan berterima kasih kepada pelanggan di atas kesabaran serta pemahaman mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah