27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Biofuel berpotensi jadi sumber tenaga alternatif baru – Ahmad Zahid

    Shopee Sale

    Malaysia kini mempunyai 19 loji pengeluaran biofuel yang berkapasiti menghasilkan kira-kira 1.5 juta liter sebulan, sekali gus berpotensi menjadi sumber tenaga alternatif baharu di tengah-tengah krisis tenaga global.

    Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata inisiatif pengeluaran biofuel itu telah dibentangkan kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) melalui kerjasama antara agensi kerajaan dan syarikat swasta dalam sektor perladangan.

    “Kini terdapat 19 loji pengeluaran biofuel sama ada B15 hingga B50. Dan kita akan gunakan sludge (enap cemar) ataupun by-product yang mengeluarkan CPO (minyak sawit mentah) yang mana terdapat 35 peratus sludge akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengeluarkan biofuel dan juga jet A1.

    “Ini telah dimulakan dan MTEN pada dasarnya telah menerima saranan itu. Dan kita akan selaraskan dengan badan dan syarikat yang berkenaan. Kita mahu lihat supaya kos pengeluarannya rendah bila terdapat sinergi yang dilakukan bersama-sama dengan 19 loji itu,” katanya.

    MENARIK:  Digantung takkan menutup mulut kami, kata Rafizi

    Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan pasar raya Rissmart Grocer di Shah Alam, hari ini. Turut hadir, Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Manndzri Nasib.

    Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata kerajaan menjangkakan pengeluaran secara besar-besaran mampu merendahkan kos operasi, seterusnya menurunkan harga keseluruhan bahan api berkenaan.

    Beliau berkata biofuel juga telah melalui ujian keupayaan untuk digunakan oleh kenderaan dan diyakini berpotensi menstabilkan serta menurunkan harga diesel dalam jangka panjang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah