32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiada Rezeki Ke Pentas AJL40, Haqiem Rusli Reda Impian Tertangguh Lagi – ‘4 Tahun Menunggu, Saya Akan Terus Usaha’

    Shopee Sale

    Penantian selama empat tahun untuk kembali ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) akhirnya berakhir dengan kekecewaan apabila lagu Nostalgia yang dinyanyikan oleh Haqiem Rusli diumumkan tidak berjaya mara ke peringkat akhir.

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Lagu Nostalgila Layak Ke AJL40, Saya Janji Akan Botak’ – Haqiem Rusli

    Artikel Berkaitan: ‘Kalau Ada Rezeki Layak Masuk AJL40, Saya Idam Trofi Vokal Terbaik’ – Marsha Milan

    4 tahun tunggu

    View on Threads

    Bagaimanapun, Haqiem, 28, berkata dia reda dengan keputusan tersebut dan tetap bersemangat untuk terus berusaha pada masa akan datang.

    Kata Haqiem, dia akan terus memberikan yang terbaik dan tidak akan berputus asa demi peluang kembali beraksi di pentas berprestij itu.

    Sudah empat tahun menunggu untuk kembali ke pentas AJL, dan tahun ini pun masih belum menjadi kenyataan.

    Tetapi tidak mengapa! Saya akan terus berusaha dan memberikan yang terbaik lagi untuk tahun hadapan.

    Saya tidak akan mengeluh malah sudah bersyukur kerana berjaya melepasi peringkat separuh akhir.

    Untuk info, 10 lagu yang berjaya mara ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) adalah Tiwikarma (K.O.I), Lumangad Oku Dika (Ryenald Guntabid), Kamu (Aina Abdul), Cak Cak Cekuk (Wani Kayrie), Tak Adil (Aisha Retno), Ke Mana Ni (Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik), Nurcinta (Amir Masdi), Lemah (Dayang Nurfaizah), Tangisan Seorang Pendosa (Marsha Milan) dan Semacam Pandora (Hazama).

    MENARIK:  Dr. Fie Dedah Adira & Diana Danielle Antara Selebriti Titip Kata Semangat, Terbuka Mahu Ceburi Dunia Seni

    Sumber: Threads

    The post Tiada Rezeki Ke Pentas AJL40, Haqiem Rusli Reda Impian Tertangguh Lagi – ‘4 Tahun Menunggu, Saya Akan Terus Usaha’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah