Penyanyi Wani Kayrie mengakui tidak dapat menahan emosi apabila lagu nyanyiannya, Cak Cak Cekuk berjaya melangkah ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) yang dijangka berlangsung pada Ogos ini.
Artikel Berkaitan: Wani Kayrie, Ryenald Guntabid & KOI Antara 10 Lagu Mara Ke AJL40
Artikel Berkaitan: Wani Kayrie Faham Perasan Gagal Bolos AJL, Pilih Percaya Pada Rezeki – ‘Saya Pernah Berada Di Situ Sebelum Ini’
Wani Kayrie sebak

Ketika ditemui , Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 26, mendedahkan dia sebenarnya menangis sejurus tamat persembahan di pentas separuh akhir.
Mengulas mengenai reaksinya itu, Wani menjelaskan bahawa dia sebenarnya cuba untuk tidak terlalu yakin dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan di saat akhir pertandingan.
Saya menangis sebab sebak, dia bawa satu perasaan bila orang kata lagu saya cukup kuat untuk ke final.
Saya tak nak rasa terlalu selesa. Saya selalu letak diri saya, apa-apa boleh jadi di saat-saat akhir. Selagi tak habis nyanyi, saya tetap nervous.
Dalam pada itu, Wani turut mengakui dia sama sekali tidak menyangka akan diberi peluang untuk beraksi di pentas sebesar itu, apatah lagi perlu bersaing dengan barisan penyanyi yang lebih berpengalaman.
Untuk bertanding di pentas yang besar, saya sangat tak sangka. Saya rasa sangat kerdil nak letak diri saya dengan semua senior yang lain.
Itu yang buatkan saya sebak sebab saya bawa semangat dan harapan orang yang mendoakan persembahan saya.
Usaha 16 tahun berhasil

Berkongsi lanjut, pelantun lagu Aiman Tino ini mengakui segala usaha, pengorbanan dan kerja keras yang dicurahkan selama hampir 16 tahun ini akhirnya membuahkan hasil.
Semestinya usaha saya berbaloi. Orang kata buat je biasa-biasa, tak payah try hard sangat tapi bagi saya, saya tetap all out pada persembahan separuh akhir ini.
Biarlah ia menjadi satu momen yang terindah. Saya puas hati, orang tengok pun orang happy.
Menurut Wani, kejayaan lagu tersebut bukan sahaja hasil usahanya sendiri, tetapi juga sokongan ramai pihak termasuk yang membantu mempromosikan lagu itu sehingga menjadi tular.
Semestinya saya memikirkan perjalanan lagu ini serta usaha semua pihak yang telah membantu menaikkannya, termasuk mereka yang menjadikannya tular dan mempromosikannya pada waktu itu.
Awalnya orang tak tahu pun lagu ini tapi saya paksa orang ramai buat trend Cak-Cak Cekuk, ajak rakan-rakan artis untuk join sekali.
Tapi orang kata bila dah rezeki dia, datang sendiri. Lagu ini pergi dengan cara tersendiri yang saya tak pernah jangka.
Selepas merdeka, viral dengan sangat mengejutkan. Saya boleh kata ‘job’ lepas itu Alhamdulillah lah. Saya pun tak sangka.
Untuk info, 10 lagu yang berjaya mara ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) adalah Tiwikarma (K.O.I), Lumangad Oku Dika (Ryenald Guntabid), Kamu (Aina Abdul), Cak Cak Cekuk (Wani Kayrie), Tak Adil (Aisha Retno), Ke Mana Ni (Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik), Nurcinta (Amir Masdi), Lemah (Dayang Nurfaizah), Tangisan Seorang Pendosa (Marsha Milan) dan Semacam Pandora (Hazama).
The post Perjuangan 16 Tahun Berbaloi, Wani Kayrie Sebak ‘Cak Cak Cekuk’ Ke Pentas AJL40 – ‘Terima Kasih Semua Viralkan Lagu Ini’ first appeared on OHBULAN!.





