25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar: PKR hanya pilih calon PRU16 dari cabang, jentera kuat

    Shopee Sale

    PKR hanya mempertimbangkan calon daripada cabang dengan keanggotaan dan jentera yang kuat untuk diketengahkan pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

    Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kriteria pengundian calon juga bergantung kepada keaktifan program yang dilaksanakan di peringkat cabang berkenaan.

    “Walaupun peringkat jawatankuasa (Majlis Pimpinan Pusat) yang cadangkan (seseorang calon) saya akan reject (tolak) kalau (cabang) tidak mempunyai anggota atau lemah.

    “Lebih baik kita tumpu ke kawasan mempunyai kepimpinan yang kuat,” katanya ketika berucap pada program Mini Konvensyen Keadilan Terengganu di Kuala Terengganu hari ini.

    Hadir sama Naib Presiden PKR yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Chang Lih Kang, Setiausaha Agung PKR yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Dr Fuziah Salleh serta Ketua Penerangan parti yang juga Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

    Pada masa sama, Perdana Menteri menyeru ahli PKR di Terengganu agar sentiasa menyampaikan maklumat jelas mengenai usaha Kerajaan Madani dalam memastikan kesejahteraan rakyat terutama agenda membasmi kemiskinan.

    MENARIK:  Deepavali: 39 kematian direkodkan dalam tempoh dua hari

    “Rencana kita yang penting dan nombor satu ialah membebaskan kelompok yang paling miskin, iaitu miskin tegar.

    “Dan bagi menyelesaikan kemiskinan ini mestilah ada pelaburan, peningkatan dan pertumbuhan ekonomi, dana sebagainya.

    “Jadi, siapa yang patut menyampaikan ini? Saudaralah yang patut sampaikan,” katanya.

    Sementara itu, ketika ditemui pemberita selepas program tersebut, Anwar berkata pihaknya menyerahkan kepada kepimpinan PKR negeri untuk menentukan sasaran jumlah kerusi akan dipertandingkan pada PRU16, termasuk di Terengganu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah