28 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengerusi PH Melaka masih sokong Ab Rauf sebagai KM

    Shopee Sale

    Pengerusi PH Melaka Adly Zahari menyatakan dia kekal menyokong kepimpinan Ab Rauf Yusoh sebagai ketua menteri negeri itu ketika rakan-rakan daripada DAP memilih untuk menjadi pembangkang.

    Ketika ditanya berhubung sokongannya terhadap Ab Rauf, Adun Bukit Katil itu menegaskan ketua menteri Melaka hanya ada seorang sahaja.

    "Kita tahu sebagai Adun, ketua menteri kita seorang saja, bukan ada ramai. Buat masa ini memanglah ketua menteri kita itulah, kita teruskan.

    "Kita akan buat apa-apa keputusan tentang lantikan-lantikan politik esok," katanya pada sidang media, hari ini, ketika ditanya sama ada dia menyokong kepimpinan Rauf atau sebaliknya.

    Terdahulu sidang DUN Melaka menarik perhatian selepas kedudukan kerusi empat Adun DAP berubah ke blok pembangkang pada hari terakhir sidang DUN, hari ini.

    Semua keempat-empat Adun DAP itu kini ditempatkan bersama Adun Perikatan Nasional (PN) dan Bebas selepas mereka mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan BN semalam.

    Mereka ialah Allex Seah Shoo Chin (PH-Kesidang), Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana), Leng Chau Yen (PH-Banda Hilir) dan Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh).

    Bagaimanapun, kedudukan wakil Adly sebagai tunggal Amanah pula kekal bersama blok kerajaan, dan dijarakkan daripada empat Adun berkenaan.

    Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memohon DAP Melaka supaya menangguhkan keputusan parti itu untuk keluar daripada pentadbiran kerajaan Melaka bagi menumpukan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat.

    Ia susulan tindakan DAP Melaka yang mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri serta-merta selepas DUN meluluskan pindaan perlembagaan negeri bagi membolehkan pelantikan Adun secara lantikan.

    MENARIK:  Titah adendum Najib: Hormati prosiding mahkamah - AGC

    Berikut transkrip sidang media Adly

    Soalan: Adakah tidak dibincangkan (dalam PH)?

    Adly: Perkara paling asas tentang penolakan kita terhadap pindaan perlembagaan, itu tidak timbul (soal) ketidaksepakatan. Mekanisme kita dalam PH kita sepakat, cuma bagaimana kita nak bertindak, sebab Adun-Adun memang kena letak jawatan sebab kebanyakan mereka adalah exco, timbalan exco dan timbalan speaker.

    Saya nak letak jawatan apa? Saya tak ada jawatan dalam kerajaan negeri, ini pun antara-antara perkara yang kita bincangkan, sebab yang lain (Adun) itu ada jawatan.

    Jadi ini antara yang saya sebutkan kita akan kemaskan mekanisme itu supaya ia tidak menggangg urusan kita dengan rakyat. Jadi sebab kadang-kadang saya lihat di pihak kerajaan negeri pun sepatutnya, perpindahan kerusi itu tidak dibuat kerana bagi menghormati pandangan perdana menteri dan saya fikir itu menimbulkan kekeliruan. Sepatutnya itu boleh ditangguh dan sidang kita tinggal sehari saja.

    Soalan: Bagaimana dengan kedudukan YB di blok kerajaan?

    Adly: Sebenarnya daripada dulu saya rasa blok itu tak wujud pun, semua adalah Adun dan masing-masing boleh berikan pandangan mereka. Cuma saya lihat susunan kerusi itu tak betul begitu, itu saya rasa akan beri teguran kepada kerajaan.

    Soalan: Buat masa ini YB menyokong (Ab Rauf)?

    Adly: Buat masa ini memanglah ketua menteri kita itulah, dan kita terus sehingga macam saya sebutkan tadi, kita akan buat apa-apa keputusan tentang lantikan-lantikan politik pada esok.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah